fbpx

Tak Mampu Buat Korban, Anda Boleh Lakukan Amalan Ini

Bila masuk bulan Zulhijjah umat Islam di seluruh dunia berlumba-lumba untuk menunaikan ibadah korban iaitu dengan menyembelih binatang seperti unta, lembu, kerbau dan kambing pada Hari Raya Adha iaitu tanggal 10 Zulhijjah dan hari-hari Tasyrik semata-mata untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Ibadah korban atau dalam bahasa arabnya disebut Udhiyah telah disyariatkan pada tahun kedua Hijrah berdasarkan kepada Al Quran, As Sunnah dan ijmak ulama.

Firman Allah yang bermaksud; “Oleh itu kerjakanlah solat kerana Tuhan mu semata-mata dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur).” (Al Kauthar: 2)

Tetapi bagi anda yang kurang berkemampuan untuk melakukan ibadah korban, amalan seperti ini juga dapat memberikan anda pahala yang berlipat kali ganda.

1. Memperkemaskan Diri Dengan Ilmu

Bagi mereka yang kurang berkemampuan melaksanakan ibadah korban, tambahkan diri dengan ilmu mengenai ibadah korban dengan harapan ia dapat meningkatkan lagi usaha untuk kita mengumpul duit bagi melaksanakan ibadah korban pada masa akan datang.

2. Memperbanyakkan Zikir & Amalan Kebaikan Yang Lain

Amalan-amalan kebaikan yang lain boleh dilaksanakan sebagai tanda ketaatan. Meskipun amalan-amalan kebaikan yang lain tidak sama dengan ibadah korban yang dilaksanakan, ia boleh menjadi satu dorongan untuk lebih mendidik kita untuk melaksanakan ibadah korban pada masa akan datang.

3. Lengkapi Hari Dengan Sedekah Korban

Jika tidak mampu melaksanakan ibadah korban, lengkapilah hari-hari tasyrik dengan sedekah korban iaitu sedekah yang memberikan manfaat kepada mereka yang memerlukan. Aman Palestin membuka ruang kepada masyarakat Malaysia untuk menyalurkan sedekah korban walaupun ia tidak seperti ibadah korban dituntut tetapi ia turut memberikan manfaat kepada mereka yang menerima.

Begitulah indahnya ibadah dalam Islam yang menganjurkan umatnya berkongsi kegembiraan dan kurniaan rezeki daripada Allah S.W.T.

Sama-sama kita meneruskan amalan sunnah untuk makan, memberi hadiah serta bersedekah dengan daging korban. Mudah-mudahan amalan ini akan menggembirakan banyak jiwa yang sedang mengharung bermacam-macam jenis ujian.

Jalani Ibadah Korban Mengikut Kemampuan

Bagi anda yang berkemampuan untuk menjalani ibadah korban di bumi Anbia, jangan lupa dapatkan perkhidmatan Aman Palestin yang telah pun menyediakan perkhidmatan korban selama 16 tahun di bumi Anbia.

Terdapat 4 pakej yang disediakan oleh Aman Palestin, termasuklah Palestin, satu bahagian lembu atau seekor kambing ditawarkan pada harga RM2,300, manakala di Syria (RM1,900), pakej sejuk beku khusus di Palestin dan Syria (RM750); seekor kambing di Yaman (RM700).

Pelbagai pilihan yang disediakan oleh Aman Palestin buat rakyat Malaysia. Jangan lupa untuk terus klik DI SINI untuk merasai pengalaman melaksanakan ibadah korban di luar negara.

Selain itu, anda juga boleh menderma ke tabung sumbangan Aman Palestin di https://jommenyumbang.com/ms/home . Melalui pautan ini anda boleh memilih untuk menyumbang pada kempen pilihan anda seperti Bread For Love, Jom Taja, Sumbangan Bulanan, Saham Pelaburan Akhirat dan Bantuan Musim Sejuk.

Maklumat lanjut layari Facebook, Twitter dan Instagram Aman Palestin.