fbpx

“Tak Mahu Lavida Coin, Gantikan Dengan Emas Atau Wang”

Baru-baru ini, kecoh mengenai dakwaan barangan kemas yang diterima oleh penyanyi Aishah adalah palsu. Datuk Seri Vida selaku pihak yang bertanggungjawab ke atas hadiah tersebut menafikan dakwaan itu serta meminta untuk memulangkan semula barang kemas tersebut dan akan menggantikannya dengan Lavida Coin.

Bagaimanapun, Aisah menolak tawaran usahawan komestik tersebut dan hanya bersetuju jika barangan kemas yang didakwa bernilai RM80,000 itu ditukar dengan wang tunai atau emas yang sama nilai.

BACA: “Berlian & Emas Tak Palsu, Ganti Dengan Lavida Coin”

“Kalau nak ambil balik rantai yang diberi itu gantikan semula dengan barang kemas atau wang tunai sesuai dengan harga yang digembar-gemburkan.

“Bukan dengan memberi Lavida Coin, saya tak mahu itu, nak buat apa? Seeloknya, dia minta maaflah kerana menipu!,” katanya kepada mStar Online.

Sementara itu, Aishah memberitahu pembantu peribadi Vida ada menghubunginya, namun masih belum berkesempatan untuk membincangkan mengenai perkara itu.

Terdahulu, Aishah meluahkan rasa kecewanya mengenai hadiah tanah lot banglo yang dimenanginya masih belum diterima sehingga ke hari ini. Lebih mengecewakan lagi apabila barangan kemas hadiah tajaan daripada Datuk Seri Vida didakwa palsu.