fbpx

“Tak Mahu Anak Membesar Tak Kenal Bapa Mereka”

Sebelum ini kecoh mengenai rumah tangga Adira Suhaimi menfailkan permohonan cerai terhadap suaminya, Dato Red. Bagaimanapun, rumah tangga pasangan itu masih boleh diselamatkan lagi apabila Dato Red memberi gambaran hubungan mereka tidak jadi bercerai.

Menurut Dato Red, selepas melakukan perbincangan itu adalah keputusan terbaik buat mereka suami isteri. Ujarnya lagi, dia tidak mahu anak-anak membesar tanpa kasih sayang seorang bapa atau tidak mengenali bapa mereka.

BACA: Dato Red Syukur Adira Tarik Balik Permohonan Cerai

“Selepas prosiding mahkamah tempoh hari, kami saling bermuhasabah. Selepas berbincang, rasanya ini adalah keputusan terbaik, tambahan pula anak kami masih kecil. Kami tidak mahu anak membesar tanpa mengenali bapa mereka,” katanya kepada BH Online.

Semalam, Dato Red memuat naik perbualan WhatsApp seorang wanita bernama Fira memberitahu Adira berkemungkinan menarik balik permohonan cerai demi anak-anak. Malah, Dato Red mengakui mesej itu dihantar oleh Adira sendiri.

“Saya tidak berani mengesahkan perkara itu, tetapi apa yang boleh saya katakan, Adira sendiri yang menghantar tangkap layar perbualan dengan peguamnya itu.

“Kalau ditanya mengenai keputusan Adira yang berhasrat menarik balik permohonan cerai, sudah tentu saya bersyukur,” katanya.

Terdahulu, Adira menfailkan permohonan cerai pada 1 April lalu, bagaimanapun Dato Red membantah permohonan isterinya itu.

Dato Red menegaskan dia masih mahu mempertahankan rumah tangganya dengan Adira demi anak-anak mereka. Malah, dia akan berusaha untuk menambat hati Adira dan selamatkan perkahwinan mereka.