Aina Abdul Sedih Dengan Dakwaan Man Bai, Akan Kerja Keras Hasilkan ‘Killer Song’
Ditanya Kenapa Tak Hantar Anak Sekolah Swasta, Nad Zainal Yakin Didikan & Disiplin Awal Dari Rumah
Perkongsian pelakon Nad Zainal mengenai pemilihan sekolah untuk anak-anaknya menjadi perhatian ramai apabila ada yang bertanya kenapa tidak memilih sekolah swasta untuk anaknya.
Menerusi perkongsian di TikTok, Nad menjawab pertanyaan netizen apabila ada yang bertanyakan keputusannya menghantar anak ke sekolah kerajaan.
BACA: Nad Zainal Dikatakan Muka Awam, Tak Sesuai Jadi Heroin
Nad berkata baginya hantarlah anak ke sekolah mana pun kerana didikan dan disiplin anak-anak itu bermula dari rumah.
“Ramai yang tanya saya kenapa tak hantar anak sekolah swasta. Jawapannya mudah. jimat dan saya yakin hantarlah mana-mana sekolah, didikan dan disiplin awal dari rumah,” tulisnya.
Sementara itu, Nad berkata apa yang penting adalah ibu bapa perlu mengikut kemampuan masing-masing dan mengakui ramai pelajar yang berjaya datang daripada ‘produk’ kerajaan.
Nad Zainal mendirikan rumah tangga dengan Ungku Ismail pada 23 Januari 2022. Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata pada 10 Oktober 2023.
Nad mempunyai dua cahaya mata hasil perkahwinan terdahulu, Fahad Ibrahim, 8 dan Budi Kalsom yang kini berusia empat tahun.