fbpx

“Tak Dapat Ke London Bukan Sebab Muflis”

Bagi sesiapa yang mengikuti perkembangan pasangan, Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin pasti tahu mereka kini berpisah seketika apabila Syatilla berangkat bersama ahli keluarga yang lain bercuti di London. Dengan kontroversi status muflis Sam baru-baru ini, ada yang mendakwa pelakon itu tidak dapat ke luar negara kerana muflis.

BACA: Shaheizy Sam Belum Bankrap, Peka Dengan LHDN

“Saya tidak dapat mengikuti percutian mereka kerana bakal menjalani penggambaran filem ‘Polis Evo 2’ tidak lama lagi. Saya dijangka mula masuk ke set penggambaran pada 14 Oktober ini. Jadi saya harus mempersiapkan diri,” katanya kepada Projek MMO mengenai perkara itu.

Menurutnya, ketiadaan beliau bersama isteri di London kini bukanlah kerana tidak lepas untuk ke luar negara tetapi kerana bebanan kerja yang terpaksa di selesaikannya, sekaligus menafikan dakwaan orang ramai. Berikutan kes cukai pendapatan yang tertunggak sehingga RM300,000 Sam perlu menyelesaikan masalah tersebut sebelum 15 Februari depan.

Enggan menyalahkan sesiapa dalam perkara membabitkan cukai pendapatan tertunggak, Sam akui dirinya juga silap kerana terlepas pandang dalam soal itu hingga notis bankrap dikeluarkan. Bagaimanapun, apa yang berlaku sebaliknya membuatkan Sam belajar daripada kesilapan dan akan memastikan perkara itu tidak akan berulang lagi. (rtky/w)