fbpx

“Tak Cemburu Uqasha Senrose Berlakon Dengan Pekin”

Muncul bergandingan bersama bekas kekasih, Hefny Sahad tidak cemburu dan mempercayai teman wanitanya, Uqasha Senrose apabila kembali berlakon bersama dalam filem Hantu Kak Limah. Malah pasangan itu juga masing-masing terkejut dengan gosip liar mengatakan Uqasha kembali bercinta dengan Pekin Ibrahim baru-baru ini.

BACA: “Berat Badan Saya Naik 13KG Dalam Sebulan”

“Dia ada beritahu saya. Saya gelak saja kerana benda itu sudah lama. Saya tidak tahu siapa yang wujudkan berita itu”

Selain itu, Uqasha juga turut sama menafikan dakwaan berkenaan dan jelasnya mereka kini hanyalah berkawan. Menurut Uqasha perkenalan selama hampir empat tahun bersama kekasihnya itu, membuatkan Hefny memahami dan tidak pernah menghalang kejayanya sebagai pelakon.

“Itu semua khabar angin, tidak betul. Saya pun terkejut. Kami memang tiada apa-apa cuma kerja bersama. Bila dengar gosip itu saya terkejut kerana tiada maknanya. Kisah saya dengan Pekin sudah enam tahun berlalu.

“Saya profesional dan saya anggap dia sebagai kawan. Dengan siapa saya hendak berlakon, dia tidak pernah halang asalkan saya tahu jaga diri dan dia sangat percayakan saya. Hefny sangat memahami. Dia tiada masalah dan dia tidak menyusahkan kerja saya,” katanya kepada Projek MMO. (rtky/w)