“Tak Bermakna Saya Perlu Bermusuh Dengan Syamsul”

Bekas isteri kepada pengarah terkenal, Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar berkata hubungannya dengan bekas suami masih baik meskipun sudah berpisah.

Memetik Harian Metro, Ira berkata hubungan mereka kini lebih kepada rakan dan masing-masing tidak menyimpan dendam.

BACA: Ira Kazar Syukur Ramai Tegur Makin Cantik, Dapat Tawaran Jadi Penyanyi

“Kami sedar tidak semua hubungan berjalan seperti yang dirancang. Namun, itu tidak bermakna kami harus bermusuh.

“Kami masih berhubung dan berkongsi pandangan mengenai perkara-perkara tertentu. Hubungan kami sekarang lebih kepada rakan,”katanya.

Sementara itu, Ira berkata dia dan Syamsul mahu menjalani kehidupan dengan tenang selepas berpisah dan mereka berhak bahagia.

“Kami berdua layak untuk kebahagiaan masing-masing. Saya dan Syamsul nak lalui kehidupan dengan tenang. Orang luar tidak akan memahami sepenuhnya apa yang berlaku, jadi lebih baik kita fokus kepada apa yang penting dalam hidup kami,” katanya.

Dalam pada itu, Ira berkongsikan dia kin memberi fokus kepada karier seni termasuk single duet bersama Alan D berjudul Tak Kisah.

“Saya mahu teruskan hidup dan fokus kepada kerjaya. Banyak perkara positif yang saya nantikan. Apa yang penting, kita semua belajar daripada pengalaman dan terus bergerak ke depan. Saya doakan yang terbaik untuk Syamsul, dan saya pasti dia juga mendoakan yang sama untuk saya,” katanya.

Pada 5 September lalu, Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor mengesahkan wujudnya lafaz cerai taklik yang dilafaz oleh Syamsul terhadap Ira ketika mereka masih bergelar suami isteri.

SUMBER: Harian Metro

×