fbpx

“Tak Baik Tuduh Saya Kaki Kikis Duit Wanita”

Pelakon Azri Iskandar menyangkal dakwaan netizen menuduhnya kaki kikis apabila dikatakan suka mengambil kesempaan terhadap wanita.

Menerusi satu temu bual, Azri berkata dia tidak sedar fitnah tersebut kerana hubungannya sebelum ini berakhir secara baik dan jika benar dia seperti sedemikian sudah pasti sudah kaya.

BACA: Hubungan Dengan Dr Azra Renggang, Azri Iskandar Sedang Kenali Wanita Lain

“Tak baik tuduh saya begitu. Kalau betul saya pengikis, sekarang ini saya dah kaya, pakai kereta mewah, tiada hutang sewa rumah dan tak perlu pergi ‘shooting’.

“Saya tak tahu dari mana datangnya cerita saya ini kerana tak rasa ada orang yang kecewa dengan saya berdendam sampai begitu sekali.

“Seingat saya kalau hubungan tak jadi pun semuanya baik-baik. Macam Ellie Suriaty (bekas isteri), kami bercerai secara baik,” katanya.

Sementara itu, Azri turut berharap mereka yang memfitnah itu berhenti berbuat demikian kerana dia tidak pernah menganggu sesiapa.

“Saya harap usahlah lagi buat macam ini, saya tak usik orang pun, kita berdamai sahaja, kita boleh jadi kawan. Buat apa cakap tak elok pasal saya. Pada umur saya 56 tahun ini, ramai kawan sebaya ‘pergi’. Jadi saya nak tumpukan kepada perkara menginsafkan,” katanya.

Dalam pada itu, Azri mengakui pendapatannya terjejas kerana kurang tawaran berlakon dan dia tidak mampu menjelaskan sewa rumah sehingga ada tunggakan.

“Ada terima tawaran berlakon, tapi bukan waktu sekarang sebab ditunda mungkin bukan rezeki saya, sebab itu sewa rumah pun tertangguh, tapi tak bolehlah cakap berapa bulan, itu peribadi.

“Kereta pula tiada tunggakan sebab dulu beli tunai, cuma risau susahkan tuan rumah dan dalam keadaan sekarang, tawaran kecil pun saya terima,” ujarnya.