Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq menzahirkan penghargaan buat isteri tercinta iaitu penyanyi dan pelakon Bella Astillah yang setia berada di sisinya.

Memetik Astro Gempak, Saddiq berkata sebelum ini Bella sudah beberapa kali ke Muar, Johor namun kali ini berbeza kerana sudah bergelar isterinya.

BACA: Syed Saddiq Dedah Apa Yang Ditulis Dalam Buku Nota

“Raja sehari takkan sempurna tanpa ratu. Terima kasih kepada isteri saya kerana setia berada di sisi saya… dah masuk tahun kedua.

“Tak ingat berapa kali dia turun Muar. Tapi Insya-Allah takkan penat turun ke Muar beberapa kali. Buat pertama kali dia turun Muar sebagai isteri saya,” katanya.

Sementara itu, Saddiq turut mengucapkan terima kasih buat tetamu yang datang dari jauh untuk ke Kenduri Rakyat dianjurkan mereka serta memohon maaf jika ada kekurangan.

Saddiq turut berterima kasih buat mereka yang mendoakan kebahagiaannya dengan Bella kerana akhirnya disatukan sebagai suami isteri. 

“Kalau boleh saya nak lebih luangkan masa dengan rakyat, tunggu di bawah panas terik. Cuma, kami ingin ucapkan terima kasih, ada yang datang dari Perlis, Kedah, terbang dari Kuching, memandu dari Singapura… kami terhutang budi.

“Cuma kami ingin ucapkan terima kasih. Kami ingin menyusun 10 jari mohon maaf jika ada kekurangan, tak disangka sebab ada yang datang dari  pukul 6 pagi. Kalau boleh saya nak jumpa seramai yang mungkin.

“Terima kasih kerana mendoakan kebahagian kami, moga kebahagian ini dapat dikongsikan semula, perkara ni takkan berlaku tanpa doa kalian dan dalam masa yang sama, takkan berjaya tanpa kesetiaan isteri disisi saya,” katanya.

Sumber: Awani

×