fbpx

Pasti ramai tahu hari ini hangat diperkatakan mengenai pelakon Fasha Sandha yang mengalami kecederaan ketika penggambaran sebuah drama sehingga dikejarkan ke hospital.

Susulan insiden tersebut, pelakon Azhan Rani yang mengatakan meskipun berdepan kemalangan Fasha tetap mahu meneruskan penggambaran drama tersebut.

BACA: Terhentak Bucu Katil, Fasha Sandha Patah Tulang Sebelah Mata Kiri

Menerusi satu perkongsian di Instagram, Azha berkata Fasha turut meminta maaf kerana melambatkan penggambaran.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Azhan Rani (@azhan_rani)

“Kami masing-masing dah lama nak kerja bersama. Dia sangat komited dan aku tahu dia sayang gila dengan watak Ana dalam cerita ni. 

“Dia jatuh terkena bucu katil dia yang minta maaf sebab takut lambatkan shooting. Semalam masa di hospital dalam phone dia minta aku stay jangan balik KL dulu sebab kononnya nak sambung shooting hari ni. 

“Mujur produksi @geehanmsdnbhd pun dah stopkan dulu scene dia sampai nanti betul-betul sihat barulah kita fikir balik pasal kerja ni,” tulisnya,

Dalam pada itu, Azhan berkata tiada siapa mahukan kemalangan tersebut berlaku, malah mereka sudah pun melakukan rehearsal sebelum penggambaran namun ianya sudah tertulis.

“Tak banyak yang boleh aku nak katakan perkara dah terjadi. tak ada siapa yang mahukan kemalangan macam ni terjadi. 

“Seperti kata tuan punya diri dan pihak produksi masing-masing telah sedaya upaya mengelakkan sebarang kecederaan. Reharsal sudah dilakukan. Aksi yang diarahkan dibuat separuh tenaga untuk kamera. 

“Segalanya hanya teknik sahaja tapi kalau dah tertulis itulah suratan. siapa yang tak luluh dan patah hati mengadap keadaan ini,” tulisnya.