Tak Ada Job Berlakon, Lan Siro Balik Kampung Menoreh Getah
Tidak dinafikan ramai yang terkesan susulan pandemik melanda dua tahun sebelum ini sehingga ramai kehilangan kerja, termasuk pelakon Lan Siro yang menyara kehidupan dengan menoreh getah di kampung.
Memetik Harian Metro, Lan atau nama sebenarnya Azlan Mokhtar berkata dia juga turut bercerai dengan isterinya pada November 2020 selepas lapan tahun berkahwin. Ujarnya, dia mempunyai tanggungjawab terhadap anak-anak dan orang tuanya.
“Saya dah solo sekarang. Dah hampir dua tahun berpisah dengan isteri. Dua anak dengan bekas isteri. Ini adalah dugaan PKP. Saya antara yang berpisah masa PKP. Mungkin jodoh tak panjang kan.
“Namun, saya bersyukur walaupun tidak ada tawaran berlakon sekarang, Allah dah atur elok. Ada saja peluang lain Allah bukakan untuk mencari rezeki. Selagi terdaya saya buat saja kerja apa pun. Dapat bagi nafkah untuk anak-anak dan bagi orang tua sikit cukuplah,” katanya.
Pelakon berusia 40 tahun itu meluahkan rasa syukur kerana mempunyai getah dan tanah sendiri. Lan turut berkongsikan dalam sehari dia boleh meraih pendapatan sebanyak RM20 hingga RM30 namun bergantung pada cuaca.
“Ceritanya bermula sewaktu PKP yang pertama hingga yang terakhir. Masa itu memang tak ada penggambaran dan saya balik ke kampung buat kerja kebun dan menoreh getah. Alhamdulillah getah dan tanah sendiri, tapi taklah luas mana dalam dua ekar saja.
“Bolehlah menampung kehidupan walaupun dalam satu hari itu boleh buat dalam RM20 saja. Harga getah pula tak menentu. Contoh getah sekerap hari ini RM3 sekilogram, selang dua tiga hari menurun dan ada masa naik. Kalau tak hujan boleh dapat RM30,” katanya.
Dalam pada itu, Lan mengakui dia tidak boleh bergantung lagi dengan kerjaya lakonan semata-mata. Ujarnya, kali terakhir dia menerima tawaran berlakon pada Ramadan lalu. Sementara itu, Lan berkata dia turut melakukan perniagaan kecil-kecilan untuk menambah pendapatan.
“Tawaran berlakon terakhir saya dapat dalam awal Ramadan tempoh hari. Itu kali terakhir saya terbabit dalam penggambaran selepas itu tak ada ‘job’. Saya masih duduk di Kuala Lumpur tapi saya berulang alik ke kampung. Kalau saya tak ada buat apa di bandar, saya balik kampung menoreh getah.
“Buat masa sekarang pula saya ada buat perniagaan kecil-kecil. Adalah jual ‘bundle’ macam kasut dan beg. Saya tak salahkan industri hiburan sebenarnya sebab perkara ini kita tak tahu. Jadi saya tak salahkan mana-mana pihak. Mungkin bukan rezeki saya. Selain itu, sekarang ini ada nak mencuba untuk buat penternakan kambing dengan kawan-kawan di kampung. Syukur walaupun tak mewah tapi adalah rezeki itu,” katanya.
- SUMBER
- Harian Metro
Betul tu pkp yg dah lalu buat ramai org terpaksa reset semula hidup mrk dari bawah. Sebab itu dalam hidup ini kita kena pandai bawa diri utk sesuaikan keadaan dgn apa yg kita ada dan dlm apa keadaan sekalipun. Kemewahan, keseronokkan hidup tu selalunya sekejap je. The real struggle yg kita nk hadap ialah nk istiqomah jaga agama dlm apa keadaan sekalipun. Sbb tanpa agama kita ni xde nilai manusia pun. Hanya makhluk yg melata hidup di dunia yg penuh pancaroba ini.
Dia ni bkn dari kmpln Shiro kan? Aku confused sbb ingt dia ni dri program maharaja lawak dlm kmpln shiro tp rupanya dia dari program realiti anak wayang yg cari pelapis pelakon2. Dia sama batch dgn si Diana Roza, Amar Baharom dan beberapa pelakon yg selalu bawa watak extra dlm drsma2 kt tv tu!
bermulalah tukarnya nama kepada lan solo
Kalau Rm30 sehari, sebulan dalam Rm900, baik keje kat 7e. Tu la nasib kalau tak belajar tinggi, kalau ada degree boleh jugak dapat dalam rm2500 sebulan. Betapa pentingnye study untuk menjamin masa depan.
Ramai jer graduate u yg jobless skang ni keje pun bersepah bawak food panda dll job yg x perlu degree. Sbb zmn lps pandemic ni bkn senang nk dpt keje kena amik course yg pelik2. Lg pun yg beriya2 nk jd retis ni majority bkn high educated pun. Ada laa 3-4 kerat yg mmg ada background belajar seni dll tp mmg ramai yg kita hari2 tngk kt tv tu skola lps2 spm je…
Bagus Lan berdiri atas kaki sendiri. Aku paling menyampah dgn sesetgh org yg nk hidup senang tp sejenis nak menumpang org pinyer. Puih.
sape die ni
artis ke? tak tau pon ni sapa? RK ni mmg ketandusan content ke? tgk page2 hiburan/gossip lain ade byk berita je. ni main sebat je bubuh sapa2 yg x dikenali kt sini. btw, tak boleh nak kesian sgt, kalau xde pendapatan tetap, mmg bini lari la. tu hakikat. sepatutnya dr awal kawen dah kena ada pendapatan steady. nak sara diri pn xlepas, dgn pendapatan mcmtu je, dengan harga barang sekarang. mmg sembang je la nak tanggung ank2 n mak ayah lg.
Tu laa rasa muka dia ni mmg x penah kluo kt mana2 forum/blog gossip sbb berlakon jd extra je selalunya. X penah jd hero atau sidekick pun. Jd samseng kg selalu laa. Sbb tu karier level cmtu mmg nk kena ada backup income. Mmg kesan pandemic covid org yg kaya mewah pun ada yg jatuh miskin dan muflis. Tp kira Lan ni nasib dia jauh lg baik laa
Nak balik kampong noreh getah ni aku rasa mcm sendu ngat sbb kalu susah mcm mana pun ada lg pilihan lain selain menoreh getah. Berapa sangatlah harga getah skrg ni. Kalu susah sekalipun biarlah berikhtiar secara praktikal sikit. Banyak pekerja diperlukan kat pasaraya Giant, Lotus atau buat delivery food panda lalamove atau grab. Keja kat kilang pun boleh dan kalu rajin buat overtime sebulan boleh dpt RM3000. Jgnlah terlalu sedih xde keja sampai nak noreh getah. Budak2 yg noreh getah pun dah pandai mai kebandar bawak foodpanda.
Kesian pulak aku kat lan siro sape ntah ni…xkan la kat kl xde keja langsung smpai kena blik kg toreh getah..jd pak guard pun blh xyah kelulusan sgt..gaji dpt epf ada..bkn aku nk cakap menoreh getah tu keja hina ke ape..tp harga getah trsangat la murah..baik kau keja guard segak..dpt unipom..gaji oun rm2k x lari hehe
setuju dengan Intan. kat KL macam2 keje boleh buat keje barista bancuh kopi pun sekurang2nya 1500-1800 tak lari. kalau rasa sewa mahal, carilah bilik. kadang2 melayu ni satu je perangai tak suka keje di arah2 orang… saya ada je abang2 perangai macamni… dah berbuih mulut membebel suruh keje tapi macam2 alasan, tak suka keje bawah orang katanye lagi suka keje sendiri.
setuju dengan Intan. kat KL macam2 keje boleh buat keje barista bancuh kopi pun sekurang2nya 1500-1800 tak lari. kalau rasa sewa mahal, carilah bilik. kadang2 melayu ni satu je perangai tak suka keje di arah2 orang… saya ada je abang2 perangai macamni… dah berbuih mulut membebel suruh keje tapi macam2 alasan, tak suka keje bawah orang katanye lagi suka keje sendiri.
Sukati dia laa dia nk wt keje apa pun yg penting halal. Lg pun dia buat keje tu sampingan je bkn full time jd penoreh getah pun. Keje sendiri ni x sama dgn keje kuli dgn org. Walau keje kilang atau 7e ke foodpanda tu nmpk lg bnyk income tp masa dia mmg terhad kt situ je. Si Lan ni xde ckp dia nk bersara dari berlakon jd kalau dia terikat dgn keje full time mcm keje kilang dsbnya tu nnt kalau ada offer berlakon cmne dia nk cuti?! Kalau keje sendiri ikut dia laa nk sesuaikan dgn masa dia nk berlakon nnt. Cari duit atau cari rezeki ni bkn kira brp bnyk ko bole dpt dlm satu2 keje tp benda ni kreativiti masing2 berdasarkan keperluan hidup masing2. Ada bnyk cara easy money sama ada legal dari segi undang2 atau x termasuk main forex dll cabang tp si Sharol ni memilih cara tradisional dgn kerja kg spt menoreh, ternak kambing dan jual bundle. Apa yg penting dia nk kerja bkn pemalas tau nk dpt duit dgn cara mudah jek!!!
Kejap Nama Ni Kejap Nama Tu, ko kedengaran mcm Farizan je..