fbpx

“Tak Ada Anak Bukan Alasan Kukuh Untuk Kahwin Lain” – PU Amin

Sejak kebelakangan ini hangat diperkatakan mengenai kisah pempengaruh media sosial, Abang Tesla yang berkahwin dua atas persetujuan isterinya yang menimbulkan pelbagai reaksi netizen.

“Susah Hidup & Cari Kerja Sebagai OKU, Terjejas Pula Kerana Gerakan Boikot”

Baru-baru ini, Malaysia menyaksikan gelombang gerakan sosial di mana pengguna dan aktivis mendesak untuk memboikot produk yang berkaitan dengan Israel. Gerakan ini, terutamanya dipicu oleh konflik di Timur Tengah, telah menimbulkan perdebatan dan tindakan di...

Baca Lagi

Lebih menjadi bualan mengenai kenyataan Abang Tesla yang berseloroh mengatakan akan bernikah lagi jika isteri-isterinya tidak mampu memberikan zuriat.

BACA: Kenyataan Abang Tesla ‘Anak Angkat Tak Sama’, Ini Respon Achey

Perkara itu turut mendapat perhatian pendakwah bebas, Pencetus Ummah (PU) Amin yang memberikan pendapatnya mengenai isu berkenaan.

PU Amin berkata jika sesebuah perkahwinan tidak dikurniakan akan pasti golongan wanita yang akan sering dipersalahkan namun apabila ujian kesuburan dilakukan rupanya suami yang bermasalah.

Dalam pada itu, PU Amin mengatakan tidak mempunyai anak bukanlah satu alasan kukuh untuk lelaki itu berkahwin lagi.

“Tak ada anak bukan alasan kukuh untuk kawin lain, rezeki akan sampai tepat dan kena pada masanya,” katanya.