Tahniah! Mawi & Ekin Menerima Cahayamata Pertama Jam 4 Pagi
Alhamdulillah. Setelah sekian lama pasangan suami isteri Mawi & Ekin menunggu untuk bergelar ibu dan bapa, hari ini ia’nya jadi satu kenyataan.
Menurut kenyataan tidak rasmi dari rakan rakan artis dan media di Twitter, Mawi & Ekin telah selamat menimang cahayamata pertama mereka awal pagi tadi.
Ekin selamat melahirkan seorang bayi perempuan jam 4 pagi tadi & pasangan ini masih belum dapat kami hubungi untuk ucapan tahniah dan maklumat lanjut.
Sebarang perkembangan akan kami bawakan terus kepada anda selepas ini. Tahniah buat Ekin & Mawi daripada kami di Rotikaya HQ. Penantian yang berbaloi bak orang kata selepas beberapa kali mencuba. Heh.