Pertama sekali tentang gambar di’atas, bukan niat mahu letak Scha al-Yahya sebagai subjek, tetapi gambar di’atas agak epik sifatnya & ada nilai sentimental buat kami.


Moving on! Harun Salim Bachik hari ini berjaya di’tabalkan sebagai Presiden baru Persatuan Seniman (Seniman) selepas Datuk Mustapha Maarof gagal mempertahankan jawatan tersebut.


Harum Salim Bachik dipilih sebagai Presiden Seniman yang baru pada Mesyuarat Agung Seniman di Pawagam Mini P.Ramlee bagi pemilihan ahli-ahli jawatankuasa penggal ini.

Ahmad Idham yang sebelum ini Timbalan Presiden juga kalah mengejut kepada Shahriza Mahmud yang sebelum ini hanya AJK biasa.



Tahniah buat Harun Salim Bachik. Harap Persatuan Seniman ada memberi impak lebih positif di’bawah kepimpinan beliau nanti.