Menerusi sidang media yang diadakan semalam, Joy Revfa bersyukur tindakan suaminya, Hafiz Hamidun menfailkan cerai terhadapnya. Selain menganggap Hafiz seorang lelaki yang tidak bertanggungjawab, Joy merasakan Hafiz juga tidak layak menjadi suami dan bapa kepada anaknya kerana gagal memberikan nafkah batin kepadanya.

BACA: “Hafiz Hamidun Tak Mampu Bagi Nafkah Batin”


“Apa guna kalau bergelar suami-isteri sedangkan tiada lagi perasaan sayang itu. Cukuplah! Ini pengajaran untuk saya. Secara peribadi dia bukan seorang suami yang bertanggungjawab. Dia sepatutnya berada di sisi saya, bukannya melarikan diri apabila timbul isu begini”

“Saya tak mahu ulas mengenai soal hubungan kami sebagai suami dan isteri kerana ia hanya akan memalukan dia. Syukur, dia dah failkan penceraian terhadap saya. Sejujurnya, selalu mesej minta dia berdamai, tapi dia tak layan. Itu yang saya kesal,” jelasnya kepada m Star Online.

Dalam sidang media yang turut dihadiri penguam, kakak dan ibunya itu, Joy ada menjelaskan bahawa pada awalnya beliau menolak lamaran Hafiz untuk mengahwininya kerana masih tiada surat penceraian yang sah namun menerima lamaran kedua atas dorongan ibunya.


Pada ketika Joy sedang mengadakan sidang media semalam, Hafiz terlebih dulu memfailkan permohonan untuk bercerai dengan Joy yang dibuat di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya dengan menyenaraikan enam sebab kenapa dia berbuat demikian. Antara sebabnya, Joy gagal dan sering mengingkari kata-katanya dan mengaibkan dirinya. (rtky/w)