fbpx

Syukur Dapat Beli Tiket Konsert BLACKPINK, Mira Filzah Dikritik Netizen

Pasti ramai tahu, kumpulan Korea Selatan, BLACKPINK bakal mengadakan konsert jelajah di Malaysia pada 4 Mac tahun depan di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Sememangnya ramai tidak sabar dan teruja. Meskipun ramai merungut harga tiket VIP yang dijual terlalu mahal namun ianya laris selepas sejam dijual buat ahli BLINK.

BACA: Selalu Tegur Tudung & Baju, Suami Nak Tengok Penampilan ‘Puan Amirah’ Berbanding Mira Filzah

Sementar itu, selebriti cantik Mira Filzah turut memuat naik status memberitahu tidak sempat mendapatkan tiket VIP namun meluahkan rasa syukur berjaya mendapatkan tiket Cat 1.

Meskipun ramai yang tumpang gembira selebriti itu berjaya mendapatklan tiket secara atas talian itu, namun ada yang mengkritik tindakan Mira meluahkan rasa syukur.

Menerusi komen di Facebook, ada netizen mempersoalkan jika meluahkan rasa bersyukur dapat berjupa atau bergambar dengan ulama sedap juga mendengarnya.

Dalam pada itu, ada juga yang mempertikaikan jika ada program ceramah berkaitan agama tiada pula artis beria atau pun teruja mahu pergi.