Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq akan berlari sejauh 170 kilometer dari Istana Kehakiman, Putrajaya, ke Muar, Johor sebagai tanda kesyukuran selepas dibebaskan.
Menerusi sesi siaran langsung semalam, Saddiq berkata larian itu akan bermula selepas sidang Dewan Rakyat pada Khamis ini dan dijangka tiba di Muar pada Ahad.
BACA: Bella Astillah Terharu Syed Saddiq Pakai Tali Leher Pemberiannya Setiap Kali Ke Mahkamah
“Pada mulanya saya bercadang mengadakan kenduri kesyukuran secara kecil-kecilan. Sebelum membuat keputusan untuk berlari saya sudah meminta kebenaran daripada tunang dan dia bersetuju. Saya fikir inilah cara terbaik untuk berkongsi rasa syukur,” katanya.
Sementara itu, Saddiq berkata satu program penyerahan sumbangan antaranya penyerahan iPad dan biasiswa berjumlah RM500,000 akan dilakukan sebaik tiba di Muar.
Dalam pada itu, Bella berkata akan turut serta dan sentiasa berada di sisi tunangnya sepanjang larian tersebut.
“Saya akan bersama-sama awak sebagai tanda solidariti. Tengok keadaan, mungkin saya akan berbasikal. Kalau tak larat, saya naik motosikal saja,” katanya.
Sumber: BH Online