Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq berkata dia sudah menerima ‘lampu hijau’ daripada ibu dan bapanya untuk mendirikan rumah tangga.
Memetik Harian Metro, Saddiq turut menitipkan ucapan terima kasih buat tunangnya iaitu Bella Astillah yang tetap setia bersama ketika dia disabitkan di mahkamah.
BACA: “Saya Sangat-Sangat Bahagia” – Bella Astillah
“Saya turut ingin mengambil peluang ini mengucapkan terima kasih kepada keluarga khususnya Mama dan Buya (ayah). Kalau tahu apa yang mereka lalui, khususnya mama saya, memang bukan mudah.
“Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada tunang saya yang setia bersama. Bukan mudah kerana sebelum dia bersama saya, saya adalah seorang yang disabitkan kesalahan (di peringkat Mahkamah Tinggi).
“Namun dia tetap bersama saya dan Alhamdulillah hari ini saya dapat menghargai semangat serta jasanya,” katanya.
Sementara itu, Saddiq berkata dia turut meluahkan rasa syukur ibu bapanya turut memberikan isyarat positif untuk ke fasa seterusnya.
“Tadi ayah dengan Mama sudah memberikan isyarat positif supaya dapat meneruskan langkah seterusnya selepas ini.
“Cuma untuk memberi komen lanjut, mungkin boleh tanya di luar mahkamah kerana saya menghormati institusi kehakiman negara. Bagaimanapun, Alhamdulillah saya sudah mendapat lampu hijau daripada Mama dan Buya,” katanya.
Sumber: Harian Metro