fbpx

Syasya Dah Lama Pasang Niat Berhijab, Kini Lebih Tenang

Bekas anggota kumpulan Dolla iaitu Syasya Rizal mengakui dia sudah lama pasang niat lama untuk berhijab.

“Bukan KLIA Sahaja, Airport Seluruh Malaysia Perlu Dinaik Taraf”

Baru-baru ini isu lapangan terbang di Malaysia menjadi bualan ramai apabila sebuah gabungan syarikat antarabangsa termasuk Global Infrastructure Partners (GIP) membuat bidaan untuk membeli pegangan penting dalam Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB). MAHB diketahui umum...

Baca Lagi

Memetik Xtra, Syasya berkata dia beranggapan ini adalah waktu sesuai untuk cuba istiqamah apatah lagi selepas keluar dari Dolla dan kini sudah mendirikan rumah tangga.

BACA: “Nasrullah Hormat Orang Tua, Pandai Ambil Hati Syasya & Keluarga”

“Sebenarnya saya dah lama berniat untuk memakai tudung, tapi disebabkan kerja ketika itu jadi rasa macam tak sesuai sangat dengan personaliti saya semasa dengan Dolla.

“Bila saya keluar daripada Dolla, dan Alhamdulillah saya dah berkahwin sekarang saya rasa yang ini adalah masa terbaik untuk cuba istiqamah dan cari jalan lain dalam kehidupan saya. Tetapi saya masih belajar lagi.. Masih mencari stail tudung yang sesuai dengan wajah saya,” katanya.

Sementara itu, Syasya berkata dia tidak membuang pakaian lama sebaliknya diberikan kepada adik-adik.

“Baju lama tak buang, bagi dekat adik-adik mana yang boleh. Saya memang ubah semua baju dalam almari pakaian,” katanya.

Dalam pada itu, Syasya meluahkan rasa syukur dikurniakan suami yang banyak memberi nasihat serta sokongan dengan penampilan barunya itu.

“Alhamdulillah, tenang tu semestinya. Sekarang ni saya ada suami, Nasrullah bersama, dia banyak nasihat saya. Kadang-kadang kalau saya tak ada masa, dia tolong gosokkan tudung saya… jadi senang la juga,” katanya.

SUMBER: Xtra