fbpx

Syarikat Rakaman Amerika Syarikat Berminat Lamar Diana Danielle

Nampaknya bertambah seorang lagi artis kita bakal mencuri tumpuan di Amerika Syarikat (AS) selepas Zee Avi & kemungkinan besar, Yuna.

Diana Danielle yang sememangnya meminati bidang nyanyian & membuktikan beliau mampu menyanyi kini di’lamar oleh sebuah syarikat rakaman dari AS.

Seperti juga Yuna, Diana Danielle sekarang ini di’katakan sedang berbincang lebih lanjut tentang syarat-syarat kontrak dengan syarikat rakaman tersebut.

Diana Danielle mengakui yang peluang ini datang melalui seorang kenalan ibu’nya di Amerika Syarikat & segalanya sedang di’uruskan oleh pengurus beliau.

Ketika di’taya wartawan mStar Online tentang hasrat beliau samada untuk terima atau menolak lamaran ini, Diana Danielle menjawab,

“Tentulah saya akan terima tawaran itu jika syarat-syaratnya yang sedang kami bincangkan ini memberi faedah dan dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak”

“Peluang begini bukan datang selalu. Malah, ini adalah platform terbaik untuk saya kembangkan karier nyanyian di pentas antarabangsa,” kata Diana Danielle dalam nada gembira.