fbpx

Syanie Tidak Akan Maafkan Kaki Fitnah

Gara-gara bekas suami memuat naik status In an Open Relationship di Facebook peribadinya, Syanie terus dikritik orang ramai apabila tersebarnya berita pergolakkan rumah tangga mereka. Jelas Syanie, beliau kecewa dengan tindakan bekas suaminya, Nadi Putera yang bertindak membuka pekung di dada dengan memuat naik status itu.

BACA: Syanie Cerai Buat Kali Kedua?

“Semua cerita itu keluar bukan daripada mulut saya. Dia yang membuka pekung di dada dengan menulis status begitu. Saya masih lagi boleh bersabar, tetapi apabila ada orang yang tidak tahu hujung pangkal tiba-tiba beri komen pedas, memang saya jadi hilang sabar. Semakin banyak mereka memberi komen yang tidak masuk akal, insya-Allah banyak pahala yang akan saya dapat”

“Saya sedih sebenarnya apabila membaca komen-komen orang ramai yang tidak tahu perkara sebenar, tetapi mahu tunjuk pandai. Mereka tahukah apa yang berlaku dalam rumah tangga saya? Tidak dinafikan ada kata-kata mereka itu mengguris hati saya yang telah terluka ini”

“Mereka sedar tak, komen-komen negatif yang dimuat naik itu dibaca oleh ribuan orang dan berapa banyak hati yang telah mereka lukai selain saya, memang saya tidak akan maafkan sampai akhirat insan-insan yang sesedap mulut mengutuk saya,” katanya kepada Utusan Online.

Tegasnya lagi, setelah apa yang berlaku beliau tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan dan meminta supaya orang ramai memberikan ruang kepadanya untuk menenangkan diri. Malah katanya, jika sudah sampai waktu yang sesuai nanti, beliau sendiri akan membuat kenyataan rasmi menerusi akaun Facebook miliknya. (rkty/w)