fbpx

Syamsul Yusof Tetap Tenang, Sibuk Shooting Filem The Original Gangster

Meskipun berdepan kemelut rumah tangga, ditambah pula isteri pertamanya, Puteri Sarah Liyana bakal memfailkan perceraian pada Isnin ini, namun Syamsul Yusof kekal tenang.

Menerusi perkongsian di Instagram, Syamsul dilihat ada memuat naik video memaparkan suasana di lokasi penggambaran filem terbitan syarikatnya iaitu Syamsul Yusof Films dan Razor’s Edge Pictures.

BACA: “Berkahwinlah Kamu Untuk Elak Maksiat, Itulah Yang Saya Buat” – Syamsul Yusof

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Syamsul Yusof (@syamsulyusoffilm)

“Shooting time,” tulisnya ringkas dengan meletakkan nama akaun beberapa pelakon filem tersebut.

Menerusi rakaman video tersebut, Syamsul turut mengucapkan tahniah kepada anak seniman legenda, Allahyarham Tan Sri Jins Shamsudin, Putera Hang Jebat.

Difahamkan, ucapan itu dibuat susulan Putera Hang Jebat berjaya mengetepikan dakwaan memalsukan dokumen Surat Wakil Kuasa membabitkan sebidang tanah seluas 0.265 hektar yang dilakukan oleh dua abangnya, Jeffrey Jins dan Hang Tuah, tiga tahun lalu.

Dalam pada itu, Syamsul turut memohon untuk mendoakan agar penggambaran filem itu berjalan lancar dan dipermudahkan.

Filem aksi termahal di Malaysia itu menampilkan pelakon popular seperti Datuk Aaron Aziz, Datuk Adi Putra, Datuk Rosyam Nor, Beto Kusyairy, Sharnaaz Ahmad, Shaheizy Sam, Nas-T dan ramai lagi.