Syamsul Yusof Sedia Jumpa Aaron Aziz
Pengarah sensasi, Syamsul Yusof sedia bersemuka dengan pelakon Datuk Aaron Aziz bagi menyelesaikan isu diantara mereka.
Memetik Harian Metro, Syamsul berkata dia tiada masalah untuk berjumpa dan sedia untuk berbaik semula dengan pelakon itu.
BACA: Aaron Aziz Pegang Al-Quran, Dedah Cerita Isu Dengan Syamsul Yusof
“Boleh nak jumpa berdua tiada masalah. Saya pun tunggu dia ajak berjumpa juga. Nak jumpa untuk berbaik-baik semula boleh, tiada masalah.
“Kalau ada projek filem akan datang pun boleh jumpa. Aaron tetap sahabat saya. Masalah yang timbul hanya soal kerja semata-mata dan kita mesti bersikap profesional,” katanya.
Semalam, menerusi satu video Aaron meluahkan perasaannya selepas Syamsul mendakwa dirinya digugurkan dalam filem pengarah itu atas alasan dia sudah tua, gemuk dan mempunyai masalah kesihatan.
Aaron turut meluahkan rasa terkilan apabila diperlakukan seperti sampah apabila dirinya tidak diperlukan dalam filem tersebut, malah Syamsul juga enggan berjumpa dengannya.
- SUMBER
- harian Metro
lepas ni semua filem sentuhan syamsul saya takkan tonton. sekiranya disiarkan di tv tukar siaran lain. manusia mudah lupa bila dah berkuasa
samdol ni, aaron pn dah taknak geng dgn die… buat musuh sane sini… igt duit tu blh bawa mati ker? bethol bethol tak sedar diri dah die ni.. patutnye producer buang samdol dari jadi director gangster tu… producer tak takot ke org tak tengok dh criter samdol?
Korang x pose ke..