Syamsul Yusof Kembali Ke Pangkuan Ibu Bapa, Puteri Sarah Juga Ada Sama

Pengarah dan pelakon sensasi, Syamsul Yusof akhirnya bertemu dengan kedua ibu bapanya, Datuk Yusof Haslam dan Datin Patimah Ismail selepas sekian lama tidak berjumpa.

Berita gembira itu dikongsikan oleh Datin Patimah yang memuat naik gambar bersama anknya itu menerusi Insta Story malam tadi.

BACA: “Insya-Allah, Kami Akan Berkumpul Semula” – Datin Patimah

Menerusi gambar tersebut, turut kelihatan bekas isteri Syamsul iaitu Puteri Sarah bersama anak perempuan mereka, Sumayyah.

Dalam perkongsian lain, Datin Patimah memuat naik gambar memaparkan Syamsul yang sedang memeluknya serta suaminya dengan lagu latar belakang Syukran Lillah dengan lirik mengungkapkan rasa syukur.

Sebelum ini, Datin Patimah berkongsi gambar seluruh ahli keluarganya ketika menyambut hari raya pada tahun 2014 sehingga tahun lalu.

Patimah turut menulis kapsyen ‘Insya-Allah kami akan berkumpul semula’ pada perkongsian berkenaan seolah memberi gambaran bakal bertemu anaknya.

×