fbpx

“Syamsul Semakin Ceria, Tak Serabut Seperti Dulu”

Pengarah terkenal, Datuk Yusof Haslam berkata anaknya, Syamsul Yusof pulang ke rumah mereka dua hari berturut-turut untuk menjamah masakan ibunya.

Menerusi temu bual bersama program hiburan, Yusof berkata ianya satu perkembangan yang baik apatah lagi mereka hanya mahukan kedamaian apatah lagi usia dia dan isteri sudah lanjut.

BACA: “Ibu Buat Masak Lemak Kuning Otak Lembu Kesukaan Syamsul”

“Alhamdulillah dua hari berturut-turut Syamsul datang rumah. Dia nak rasa masakan mak dia. Jadi mak dia pun masak untuk dia. Bila kali pertama dia pulang, kami saling berpelukan dan menitiskan air mata.

“Bagi saya ini adalah satu perkembangan yang baik. Kami hanya mahukan kedamaian dalam kehidupan. Saya dan isteri pun sudah berada di penghujung usia,” katanya.

Ramai yang berharap Syamsul dan menantunya, Puteri Sarah bersatu semula, Yusof berkata apa saja takdir yang sudah tertulis dia akan tetap menyayangi mereka berdua.

“Walaupun seandainya Sarah tidak kembali berjodohan dengan Syamsul, saya tetap menganggap dia sebagai menantu kerana dia adalah ibu kepada anak-anak Syamsul.

“Bagi yang mendoakan mereka kembali bersatu, saya tak boleh ramalkan apa yang berlaku. Terserah kepada Allah swt untuk tentukan,” katanya.

Dalam pada itu, Yusof berkata dia gembira melihat Syamsul kini semakin cerita dan sedang sibuk menyiapkan sebuah filem.

“Saya lihat muka Syamsul semakin ceria sekarang. Tidak serabut seperti dulu. Dia pun sekarang tengah gigih menyiapkan filem Khawarij bersama Astro Shaw,” katanya.