Syamsul Perlu Buktikan Dirinya Difitnah, Tak Boleh Tentukan Jumlah Saman
Semalam, hangat diperkatakan apabila pengarah terkenal, Syamsul Yusof mahu menyaman Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sebanyak RM10 juta kerana didakwa mengeluarkan satu kenyataan fitnah terhadapnya.
Memetik BH Online, peguam sivil Hafez Zalkapli yang mengulas mengenai perkata itu berkata pengarah terkenal itu tidak boleh menentukan jumlah saman terhadap Jawi kerana ianya hanya boleh ditentukan oleh pihak mahkamah
BACA: Syamsul Yusof Nak Saman Jawi RM10 Juta
“Jumlah RM10 juta tidak boleh ditentukan Syamsul. Ini kerana mahkamah yang bakal menentukannya. Seterusnya, kena tengok apa maklumat peribadi yang dibocorkan.
“Jika maklumat dibocorkan membabitkan dokumen seperti saman dan pernyataan tuntutan dalam mahkamah, tindakan Syamsul tidak berasas kerana ia dianggap dokumen awam,” katanya.
Menurut Hafez lagi, Syamsul juga perlu membuktikan dirinya difitnah sama ada kenyataan fitnah itu boleh menjejaskan reputasi serta statusnya di kalangan masyarakat.
“Sekiranya tiada, maka tiada kausa tindakan. Kedua, Syamsul perlu membuktikan fitnah disiarkan oleh pihak berkenaan.
“Syamsul mesti membuktikan kenyataan fitnah itu sama ada, merendahkan reputasi dan statusnya di kalangan masyarakat, menyebabkannya dijauhi dan dihindari sehingga diperlekehkan, dibenci serta diperolok-olokkan.
“Dan sama ada fitnah itu mencadangkan dia seorang yang tidak berkredibiliti dan tidak jujur dari segi motif dan tindakan serta tidak berintegriti,” katanya.
Dalam pada itu, Hafez turut berkongsikan terdapat dua jenis maksud dalam ayat fitnah iaitu bermaksud biasa atau tersurat.
“Ia perlu dinyatakan dalam tuntutan samannya. Mahkamah akan menentukan maksud perkataan berdasarkan ujian objektif, tertakluk kepada konteks, keadaan persekitaran, penyiaran dan keseluruhan kenyataan yang dibuat,” katanya.
- SUMBER
- BH Online
Alah tu peyem 10 boleh plak tetapkan jumlah saman pd musuh2 politik dia. Pd hal masa kempen org2 umno ramai jek kata benda yg sama kt dia xde plak disaman?!
Padan muka
BOSAN GILER ASYIK BERITA PASAL KES MEREKA NI. TAK HABIS HABIS DARI DULU LAGI. DAH MUAK DAH
Habislah kau…belok2 jangan makan diri sudah…dah aman damai ada anak bini duit nama lagi nak cari sedap…
No 2 tu kalau lawa dari pertama aku rasa orang tak marah sangat. Tp no 2 tu dh la tak lawa, perangai cam bohsia, keluarga pun semua huduhhh .. huhu
Jari nak tunjuk satu padahal Tuhan aja yg tau kaw…lain kali tunguk peace gitew
padan muka ego & kurang ajar nak mampos! Nak saman dia ingat mcm saman dlm cerita2 gangstar dia ke?!
Buku bertemu ruas.. teruskan tindakan dari pihak JAWI & bagi pengajaran Duniawi untuk seorg suami DAYUS & MUNAFIK seperti Syamsul Yusof!
Move on je la. Ghasak la laki nak kahwin 4 pun. Kalau bini tahan jadi madu 1, then teruskan jadi bini. Then mintak la mcm2 kat laki. Kalau tak tahan, mintak je talak.. Jgn asyik melalak je kat medsoc. Mental la laki bini ni. Get a life!! Move on!!!
Orang yang mengata ira ni bawa mengucap.. hina org macam diri tu elok. Entah2 baju saiz xxxl masing2.. haha
yg dia nak saman jawi dah kenapa. bukan jawi yg buat penyataan pun dia dah kawin. org lain hat pie bgtau bini dia . lagi satu yg dia nak takut tue kenapa . klu dia dah kawin , bgtau sajalah. nie nak nmpak yg dia masih setia saja. bini dah suruh mengaku dah kawin .