Hari ini hangat diperkatakan apabila pelakon dan pengarah sensasi, Syamsul Yusof telah memfailkan cerai terhadap isterinya, Ira Kazar hari ini.
Perkara tersebut disahkan oleh peguam syarie, Azmi Rais yang mewakili Syamsul dan permohonan cerai dibuat di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Selangor.
BACA: Syamsul Fail Cerai Terhadap Ira Kazar, Peguam Sahkan Mereka Tiada Persefahaman
Menurut Azmi lagi, Syamsul memfailkan perceraian tersebut kerana mereka tidak lagi mempunyai persefahaman dalam perkahwinan yang dibina pada 6 Janurai 2023.
Hasil tinjauan mendapati, foto perkahwinan Syamsul dan Ira di Instagram milik pengarah itu juga tidak kelihatan seolah memberi bayangan spekulasi hubungan mereka sedang berdepan masalah.
Untuk rekod, Syamsul dan Ira berkahwin di Selatan Thailand. Perkara itu diumumkan oleh Syamsul menerusi satu video dikongsikan di Instagram.