fbpx

Penyanyi Shila Amzah menafikan dakwaan adik lelakinya, Amir Syafiq yang menuduhnya sengaja memutuskan bekalan elektrik kediamannya di Hulu Langat.

Sebelum ini, Shila meminta wanita bernama Eiza dipercayai kekasih kepada adiknya untuk keluar dari rumah selepas menetap di kediaman berkenaan tanpa keizinannya.

BACA: Eiza Nafi Teman Wanita Adik Shila Amzah, Tinggal Di Banglo Selepas Dipelawa

Menurut Shila, meksipun berang dengan perbuatan wanita berkenaan namun dia masih mempunyai hati perut dan tidak tergamak untuk memutuskan bekalan elektrik.

“Saya bukan kaya pun, bukan owner TNB. Saya juga bukan seorang yang tak berhati perut,” katanya.

Baru-baru ini, Shila dan adiknya Syahir tampil memberikan respon mengenai Syafiq yang didakwa menjaja kisah keluarga untuk meraih simpati demi tujuan meminjam wang.

Syahir berkata sebagai adik dia berpendapat Syafiq sudah berada di tahap usia mampu menguruskan kewangan dan perlu membuat sebarang keputusan sendiri.

“Kami sebenarnya memang tak ambil tahu pun, apa-apa yang dia buat saya memang tak ambil tahu. Dia lelaki dan berada diperingkat umur yang dia boleh buat keputusan sendiri jadi itu adalah haknya. Apa pun kesan adalah kepada dirinya sendiri,” katanya.