fbpx

Syafinaz Selamat Terima Gelaran Datuk

Konduktor muzik dan guru vokal popular, Syafinaz Selamat hari ini dianugerahkan Panglima Mahkota Wilayah (PMW) yang membawa gelaran Datuk.

Syafinaz Selamat adalah salah seorang daripada senarai 370 penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat sempena Hari Wilayah Persekutuan hari ini.

Penganugerahan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan yang bermula sejak 2008 adalah bagi menghargai dan mengiktiraf sumbangan warga Wilayah Persekutuan yang banyak berjasa membangunkan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

Penganugerahan ini bukan sahaja diberikan kepada warga Wilayah Persekutuan namun turut mengiktiraf mereka yang tidak bermastautin tetapi menabur bakti kepada pembangunan Wilayah Persekutuan. (rtky/m)