Syafi Tee Mahu Jadi Penceramah, Kongsi Ilmu Dengan Masyarakat

Pelakon Syafi Tee berkata dia suka membaca bahan ilmiah serta memasang niat untuk menjadi penceramah kerana mahu berkongsi ilmu dengan golongan muda.

Memetik Oh Bulan, Syafi berkata dia suka membaca dan dengan ilmu pengetahuan diperolehnya itu dapat disebarkan sekaligus memberi manfaat.

BACA: Syafi Tee Pindah Keluar Rumah, Tak Sanggup Tengok Ibu Bapa Sedih

“Selain jadi pelakon, saya mahu suara dan pandangan didengar sebab saya suka membaca selain mahu tolong orang. Banyak bahan bacaan yang boleh bagi input bermanfaat untuk dikongsikan kepada umum.

“Saya jenis yang suka menimba pengetahuan, tidak mahu setakat duduk sahaja. Dengan membaca kita dapat menemui jawapan untuk pelbagai kemusykilan.

“Apabila dapat rungkaikan persoalan, jawapan itu kemudian berkembang kepada perkara lain yang membuatkan saya tidak puas cari ilmu dan kemudian berkongsi dengan orang lain,” katanya.

Sementara itu, Syafi bekata dia mahu menjadi penceramah adalah keinginannya sendiri dan bukan atas saranan bapanya iaitu pendakwah terkenal Dr Mohd Ridhuan Tee.

“Banyak subjek boleh kita ketengahkan termasuk berkaitan isu kesihatan, keadaan mental, kemasyarakatan, agama dan sebagainya.

“Ayah saya bagi galakan sahaja sebab dia tahu kecenderungan saya selain berlakon adalah berkongsi info macam saya buat menerusi audio siar TeeBrothers.

“Podcast yang saya mulakan akhir 2022 itu menjadi platform untuk zahirkan pandangan. Bapa saya juga antara tetamu terawal podcast itu. Jadi kalau nak panggil saya kongsi pandangan dengan pelajar universiti atau sekolah, saya sangat alu-alukan.” katanya.

SUMBER: Oh Bulan

×