fbpx

Syafi Tee Akui Kurang Tertarik Dengan Wanita

Menerusi siaran langsung menerusi TikTok baru-baru ini, pelakon yang juga anak kepada pendakwah Ridhuan Tee Abdullah, iaitu Syafi Tee menjadi perhatian ramai.

Menerusi sesi Live itu, Syafi tidak tertarik kepada kaum wanita apabila disoal oleh salah seorang pengikutnya mengenai ciri-ciri wanita pilihannya untuk dijadikan teman hidup.

BACA: Syafi Tee Menyesal Pakai Pendakap Gigi, Ada Gigi Taring Cantik & Comel

“Sekarang Syafi tertarik kat perempuan macam mana? Nak versi 2023 punya jawapan..” soal peminat.

Syafi berkata lagi, dia kini mula kurang minat pada kaum wanita dan mungkin disebabkan pengalaman yang dilalui sebelum ni.

“Saya dah kurang minat pada seseorang. Macam perempuan ini tak buat saya tertarik. Saya tak tahulah itu perubahan hormon ke apa benda, ataupun disebabkan pengalaman saya yang dah hadapi macam-macam benda,” katanya.

Bagaimanapun, Syafi menegaskan dia bukanlah seorang gay serta berseloroh dengan mengatakan dia juga risau tentang keadaan dirinya serta ibu bapanya.