Penyanyi Syada Amzah menjadi perhatian apabila bertanyakan di media sosial mengenai tiket murah untuk ke China pada Januari depan.
Menerusi laman Threads, Syada berkata dia tidak kisah mengenai lokasi asalkan dapat ke sana untuk mengembara.
BACA: “Saya Perlukan Bilik Sendiri” – Syada Amzah 24 Tahun Terpaksa Kongsi Bilik

“Siapa tahu dekat mana saya boleh dapat tiket murah ke China pada Januari. Tak kisah lokasi dimana mana. Saya cuma nak mengembara,” tulisnya.
Perkongsian Syada itu mendapat pelbagai reaksi termasuk kakaknya, Shila Amzah yang mengingatkan untuk tidak pergi seorang diri.
“Jangan nak solo-solo trip ke China, Syada,” katanya.
Komen Shila itu mendapat perhatian ramai dimana netizen turut bersetuju dengan penyanyi itu yang bimbangkan keselamatan adiknya.