Penyanyi Syada Amzah tampil menjelaskan khabar angin mendakwa dia bergaduh dengan kakaknya, penyanyi Shila Amzah.
Menerusi perkongsian di Insta Story, Syada menafikan dakwaan tersebut serta mengatakan perselisihan faham antara adik-beradik adalah perkara biasa namun tidak berlarutan hingga tidak bertegur sapa.
BACA: Shila Amzah, Syada Dah Tak Follow Satu Sama Lain Di Instagram?
“Cakap pasal dingin, saya memang sentiasa perang dingin dengan semua adik-beradik saya. Saya rasa kita manusia biasa dan jadi normal saja.
“Saya ada terserempak dengan dia dekat Night of Fright, elok saja boleh bertegur sapa dan peluk. Tak tarik rambut, jangan risau! Risau fasal keluarga sendiri dulu okey,” katanya.
Dalam pada itu, Syada turut mengulas mengenai tindakannya memuat naik tanda pagar #TeamSyahir sahaja dimana dia ingin memberikan sokongan kepada abangnya yang pertama kali menyertai pertandingan nyanyian/
“Saya tak nak korang salah faham dengan apa yang saya kongsikan. Dalam video itu saya ada cakap kakak lagi hebat, Syahir lagi hebat.
“Jadi saya bagi semangat kepada abang saya sebab dia baru pertama kali sertai pertandingan tanpa ahli kumpulannya. Kakak saya sudah ada penyokong dia sendiri,” katanya.