Sweet Qismina Teringin Timang Cahaya Mata, Guna AI Bayang Diri Hamil

Hampir tiga tahun mendirikan rumah tangga, sudah pasti pelakon Sweet Qismina mengimpikan cahaya mata sebagai penyeri rumah tangganya bersama pelakon Adam Lee.

Baru-baru ini, perkongsian Sweet menjadi perhatian apabila memuat naik video dia menggunakan teknologi AI untuk membayangkan jika dirinya hamil suatu hari nanti.

BACA: Sweet Qismina Hilang 10 Kg Sebulan, Hanya Minum Susu Setiap Hari

@sweetqisminaofficial

Semoga Allah memberi rezeki zuriat aminnnn ??

? original sound – yeesha2606

“Membayangkan diri saya mengandung. Insya-Allah suatu hari nanti,” tulisnya.

Perkongsian Sweet itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mendoakan agar pelakon itu agar dikurniakan cahaya mata dan rezeki zuriat yang soleh solehah.

Untuk rekod, Adam dan Sweet sah bergelar suami isteri pada 24 oktober 2022 selepas setahun mengikat tali pertunangan.

SUMBER: Oh Bulan

×