“Susah Sangat Ke Nak Buat Permohonan Maaf?” – A. Aida
Penerbit, Datuk A. Aida mempersoalkan tindakan pelakon, Amelia Henderson yang masih berkeras untuk tidak membuat permohonan maaf secara terbuka berikutan kes melanggar kontrak sebuah drama.
Sebelum ini, pada 7 April lalu mahkamah menetapkan Amelia untuk membayar ganti rugi sebanyak RM200,000 terhadap syarikat A.Aida Productions Sdn Bhd.
BACA: A. Aida Menyesal Lepaskan 50 Ekor Merpati, Kawasan Resort Dipenuhi Tahi
Bagaimanapun, Amelia memfailkan rayuan dan perkara itu sedang berada dalam proses ‘review’ untuk menetapkan tarikh rayuan.
Menerusi temu bual bersama Melodi, Aida berkata pihak Amelia seakan tidak menghormati keputusan mahkamah. Malah, Aida turut hairan Amelia seolah sukar untuk memohon maaf.
“Sebenarnya kalau nak kira, saya frust dan kecewa juga sebab sampai sekarang saya masih menunggu bila pihak belah sana hendak buat permohonan maaf dan take down video memfitnah saya dan syarikat.
“Bagi saya, pihak di sana tu seperti tidak menghormati keputusan mahkamah yang telah memihak kepada saya. Sampai sekarang saya masih menunggu dan sabar… jadi saya pun dah berbincang dengan peguam saya, tunggu sajalah.
“Tapi yang peliknya kenapa susah sangat ke nak buat permohonan maaf? Saya sometimes tak boleh brain. Saya difahamkan oleh peguam saya dia tiba-tiba nak buat rayuan. Takkanlah permohonan maaf pun nak buat rayuan. Ya Allah, Ya Tuhanku, tak tahulah. Fikir Sendirilah,” katanya.
- SUMBER
- xtra
die bukan org melayu kak aida..yg penuh adab dan sopan santun…org melayu biasanya mmg sng memaafkan…die ni dh campur2..maybe sbb tu ssh nk buat permohonan maaf..atau die bz agknye…
A dah saman dia untuk bayar ganti rugi 200k, dia buat rayuan ke mahkamah untuk review balik case maybe boleh kurangkan amount. kenapa nak kena minta maaf, A still akan dapat some amount dari dia
Ya ya…nape nk minta maaf..sbb die kne byr saman..lain lar kalo kata die minta maaf,ko ckp xyh byr 200k..huhuuu..mesti dia pun ada strong reason nape nk fight juga kes ni…
Kan dah failkan rayuan, tunggu le dulu. Ni la tak faham technicality legal case.