fbpx

Jika pada zaman dahulu gelaran suri rumah dianggap sebagai salah satu gelaran yang paling bawah dalam kategori wanita yang bekerjaya. Namun kini gelaran ini membuka ribuan mata yang memandang dengan pelbagai aspek.

Selain dari melakukan kerja hakiki mereka dengan menguruskan pekerjaan di rumah, kini suri rumah tidak hanya duduk di rumah semata-mata. Malah geng-geng ini juga mula berjinak-jinak dengan perniagaan secara kecil-kecilan.

Biar Betul Suri Rumah Mampu Jana Pendapatan Sebanyak Ini?

Yusliza Yahya berkongsi pengalamannya yang dijadikan inspirasi buat team Harqis

Terbaru suri rumah ini berjaya membuka mata masyarakat dengan meraih pendapatan bersih RM20,000 sebulan hanya dengan berniaga produk Harqis dari rumah tanpa mempunyai kedai.

Betul lah kata orang nak berjaya ada pelbagai cara dan dengan hanya mencipta alasan tidak mampu memberi apa-apa. Itulah yang dibuktikan oleh Yusliza Yahaya yang mempunyai tiga orang anak.

Wanita ini berkongsi keterujaannya dalam sesi Bootcamp Harqis Empire Sdn Bhd (Harqis Empire) dan mengakui mula bersemangat untuk mencari pendapatan tambahan.

Menurutnya, kesibukan menguruskan anak tidak menjadi halangan dan penjualan produk Harqis secara dalam talian menjadi lebih mudah dengan tips yang dikongsi dalam bootcamp. Paling teruja wanita ini juga mempunyai seorang anak istimewa dan ini tidak menghalangnya untuk mencipta lebih banyak kejayaan.

Beliau menyifatkan bootcamp seperti ini telah menaikkan semangat leader dan membawa arah tuju positif untuk membantu meningkatkan kejayaan.

Bootcamp Harqis Bantu Ramai Orang Untuk Berjaya

Tertarik dengan perkongsian Yusliza mengenai Bootcamp Harqis yang akan dianjurkan dua kali setahun ini. Kami mula meyelidik apa yang menariknya mengenai Bootcamp ini.

Rupa-rupanya ternyata bootcamp seperti ini mampu memberi seribu satu semangat yang luar biasa kepada team-team di bawah syarikat ini.

Bootcamp yang dianjurkan buat julung kalinya itu bertujuan untuk menaikkan semula energy leader-leader Harqis dan dengan cara ini juga mampu mengeluarkan team-team hebat ini dari kepompong tidak yakin pada diri sendiri untuk lead team di bawah jagaan masing-masing.


Kalau korang nak tahu, Harqis Empire Sdn Bhd yang dibimbing oleh Nur Saidatul Akma Jamaruddin ini mengeluarkan produk berjenama XS Perfect dan beliau juga nekad untuk melahirkan ejen jualan yang berilmu dan mempunyai pendapatan bersih RM100,000 sebulan hasil jualan produk Harqis.

Dalam sesi Bootcamp yang dihadiri oleh seramai 44 ejen jualan itu turut diadakan penyerahan replika cek kepada ejen yang meraih pendapatan tinggi sepanjang tahun 2021 yang memenangi hadiah seperti kereta Proton X50, Perodua Bezza, ipad Pro dan wang tunai.

Ini Kata-Kata Berharga Mereka Yang Hadir

Zaman sekarang orang yang selalu mencipta alasan akan rugi banyak. Sedangkan suri rumah yang mempunyai tanggungjawab yang banyak pun mampu mencipta kejayaan sendiri. Sampai bila nak duduk di tahap yang sama kan! Tepuk dada tanya hati!