Sultan Kelantan Dukacita Penyebaran Gambar Peribadi

Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V menzahirkan rasa kesal dan dukacita atas penyebaran gambar-gambar peribadi baginda di laman sosial. Kenyataan baginda itu dikeluarkan oleh Pengelola Istana D’Raja Kelantan, Nik Mohd Shafriman Nik Hassan semalam.

Menurut baginda, segala kekhilafan baginda itu telah mengakibatkan kekeliruan di kalangan rakyat sehingga mencetuskan perbalahan di media sosial.

BACA: Rihana Oksana Dakwa Sultan Pernah Kahwini Wanita Czech

“Sultan Muhammad V turut menzahirkan kekesalan dan rasa yang amat dukacita di atas kekhilafan peribadi baginda yang telah mengakibatkan kekeliruan di kalangan rakyat, sehingga mendatangkan pertelagahan di media sosial kerana didorong oleh khabar angin yang tidak sahih,” kata kenyataan itu.

Dalam pada itu, Istana Kelantan menafikan sekerasnya segala kenyataan yang tidak benar dan berunsur fitnah yang disiarkan bersama gambar-gambar berkenaan. serta turut menyeru rakyat agar tidak mudah terpengaruh.

“Sekali lagi pihak Istana menyeru supaya rakyat tidak mudah terpengaruh dengan penyebaran kenyataan yang tidak benar dan berunsur fitnah.

“Hanya kenyataan rasmi dari Istana Kelantan dan peguam kepada Sultan Muhammad V yang boleh diambil kira sebagai kenyataan tepat dan boleh diterima pakai oleh rakyat dan pengamal media,” kata beliau.

Kenyataan itu juga menyebut, fitnah-fitnah berupa coretan yang tidak benar itu telah mencemarkan nama baik kesultanan Kelantan dan kerabat diraja Kelantan.

Terdahulu, Rihana Oksana Petra mendakwa mahu menceritakan perkara sebenar yang berlaku mengenai perhubungannya dengan Sultan Kelantan,bekas Ratu Cantik Rusia itu dilihat mula membongkar satu demi satu perkara tersebut.

×