fbpx

Suhu Panas Melampau, Ini 3 Perkara Penting Anda Kena Ingat

Cuaca panas melampau di Malaysia bukan sahaja menyebabkan ketidakselesaan, tetapi juga membawa risiko yang serius kepada kesihatan, alam sekitar, dan infrastruktur. Dalam artikel ini, kita akan membincangkan tiga bahaya utama yang dihadapi oleh masyarakat Malaysia akibat cuaca panas melampau.

1. Ancaman Kesihatan Manusia

Suhu yang meningkat secara drastik boleh membawa ancaman serius kepada kehidupan dan kesihatan manusia. Cuaca panas melampau menyebabkan tekanan terhadap sistem kardiovaskular dan respiratori. Orang yang paling terdedah kepada risiko ini termasuk golongan kanak-kanak, warga emas, individu dengan penyakit kronik, dan mereka yang bekerja secara outdoor.

Antara akibat yang paling merbahaya daripada cuaca panas melampau ialah kejadian kepanasan, termasuk kepanasan teruk dan heat stroke. Keadaan ini boleh mengakibatkan dehidrasi, kejang, kelesuan, dan dalam kes yang teruk, boleh menyebabkan koma atau kematian. Oleh itu, penting untuk mengambil langkah-langkah pencegahan seperti minum air yang mencukupi, memakai pakaian yang longgar dan sejuk, dan menghindari pendedahan berpanjangan kepada matahari.

2. Aktiviti Yang Terbatas

Seeloknya apabila keadaan cuaca yang sangat membimbangkan ini, lebih baik kita mengehadkan aktiviti di luar. Ini kerana suhu berbahang ini bukanlah satu perkara yang boleh dibuat ujikaji.

Ambil masa seketika untuk berehat di rumah atau pun jika teringin aktiviti lasak, boleh cuba beberapa aktiviti lasak yang diadakan secara indoor. Ini adalah lebih terjamin malah suhu juga kebiasaannya adalah terkawal.

Tidur Malam Yang Terganggu

Sebut bab tidur, ini adalah perkara penting dalam kehidupan. Tidak cukup tidur kerana dek bahang panas mampu membuatkan mood kita tidak tentu arah sekaligus mengganggu kelancaran aktiviti seharian.

Sebab itulah Rozel muncul dengan tilam yang mempunyai ciri penyejukan dan mampu menyerap haba daripada badan anda dan menghalang peluh atau suhu badan yang tinggi.

Selain memberi keselesaan, tilam yang diperbuat daripada sutera ais ini juga sesuai untuk kulit sensitif selain menawarkan permukaan yang breathable, anti statik dan juga anti-ultraviolet.

Sekarang ini pun tengah ada promosi dari Rozel. Harga tilam Spinal care bersaiz queen bermula dari RM1,990 sahaja. Mesti anda ingat harganya setinggi langit, kan?

Tak cukup dengan harga yang sangat mampu milik, Rozel pun ada menyediakan kemudahan bayaran secara ansuran dengan 0% faedah sehingga 24 bulan.

Rasai sendiri pengalaman masuk showroom secara virtual di sini, atau terus klik di sini untuk melihat sendiri pelbagai lagi pilihan tilam yang ada.

Untuk info lanjut anda boleh lawati Rozel di Facebook dan Instagram.