fbpx

Hangat diperkatakan mengenai kontroversi pengarah terkenal kahwin dua, bekas penyanyi nasyid, Suhaimi Saad turut berseloroh dengan isterinya, Ina Naim untuk berkahwin lagi.

Baru-baru ini, Suhaimi dilihat ada memuat naik video bertanya kepada Ina boleh atau tidak jika dia mahu bernikah satu lagi.

BACA: Suhaimi Saad Nak Kahwin Dua, Setepek Ina Naim Bagi

https://www.tiktok.com/@elghoriby/video/7196191430115675418?

Bagaimanapun, belum sempat Suhaimi bertanyakan soalan, Ina terus memotong suaminya membeli mesin basuh dahulu jika mahu menambah ‘isteri’ lagi.

Sementara itu, menerusi satu lagi video Suhaimi mengatakan dia akan membeli mesin basuh namun isterinya berseloroh mahu meminta dua mesin basuh pula.

https://www.tiktok.com/@elghoriby/video/7196293095514819866

Perkongsian video itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang terhibur dengan gurauan pasangan suami isteri itu.

Dalam pada itu, ada yang mengatakan lucu melihat Suhaimi setepek kena dengan isteri. Tidak kurang juga, ada yang berseloroh mengatakan jangan lupa untuk belikan mesin pengering sekali.