fbpx

Sufi Rashid Kecewa Ibu Tak Restu Pertunangan

Jika sebelum ini ibu kepada Sufi Rashid iaitu Nurulain Md Yusof pernah beberapa kali mengeluarkan kenyataan di Facebook berkaitan anaknya itu, nampaknya baru-baru ini dia turut meluahkan perasaan di laman sosial tersebut berhubung pertunangan anaknya itu.

BACA: Sufi Diumum Juara AF 2015, Bawa Pulang RM50,000

Melalui kenyataan yang dikeluarkan ibu penyanyi tersebut, dia mendakwa majlis pertunangan tersebut dijalankan tanpa persetujuan dan juga restunya selain menjelaskan bahawa dia memilih akhlak berbanding rupa paras cantik.

Bagaimanapun bagi Sufi sendiri yang mungkin sudah menjangkakan perkara sebegini akan terjadi, dia hanya mampu berkongsikan perkara tersebut di laman Instagram selain bersyukur kerana ayahnya yang disifatkan sederhana, sentiasa membuatkan dia kuat menghadapi dugaan.

Apa pun, semoga apa yang terjadi di antara ibu dan anak ini dapat diselesaikan dengan cara baik dan harmoni. (rtky/s)