fbpx

Sufi AF Nafi Dirinya Sombong, Meninggi Diri

Kemunculannya sebagai juara Akademi Fantasia 2015 baru-baru sedikit sebanyak merancakkan kembali kisah mengenai kontroversi bersama bekas bapa tirinya malah kini timbul khabar angin yang mengatakan bahawa Sufi AF adalah seorang yang sombong.

BACA: Kemenangan Dipertikai, Sufi AF Tak Ambil Peduli

“Ini kali pertama saya dengar perkara itu dan saya tak tahu daripada mana cerita ini timbul. Apa yang boleh saya katakan, selama ini saya OK dan tegur semua orang. Mungkin yang bercakap belum kenal siapa saya”

“Memang saya nampak pendiam, tetapi kalau sudah kenal baru mereka tahu saya ini peramah juga. Kata orang, tak kenal maka tak cinta,” jelasnya kepada Harian Metro menjawab khabar angin tersebut.

Sementara itu, melalui mStar Online penyanyi ini tidak akan memohon maaf kepada bekas bapa tirinya itu selain menyerahkan perkara tersebut kepada pihak pengurusan yang mengetahui perkara sebenar. (rtky/s)