Sudah Berusia, Masalah Kesihatan Antara Sebab Nama Aaron Aziz Digugurkan
Dalam sidang media semalam, pengarah The Original Gangster iaitu Syamsul Yusof akhirnya mendedahkan sebab nama pelakon Datuk Aaron Aziz digugurkan daripada filem tersebut.
Memetik mStar Online, Syamsul berkata faktor usia, berat badan dan masalah kesihatan menjadi punca aktor berkenaan digugukan daripada filem tersebut.
BACA: Bukan Tarik Diri, Aaron Aziz Akui Dibuang Dari Filem Syamsul Yusof
Menurut Syamsul lagi, keputusan tersebut bukan dibuat olehnya seorang tetapi turut melibatkan pihak produksi termasuk barisan penerbit dan sahabat pelakon.
“Sayalah orang terakhir yang mahu menggugurkan nama Aaron kerana penerbit-penerbit saya beritahu, Aaron tak boleh, dia sudah tua, dia dah gemuk.
“Tapi saya cakap jangan, kita bagi dia masa. Dia boleh kuruskan badan. Selain itu, dia juga ada masalah slip disc,” katanya.
Tambah Syamsul lagi, nama Aaron terpaksa digugurkan kerana dia bimbang tentang masalah kesihatan aktor itu jika berlaku perkara tidak diingini ketika penggambaran.
Jelasnya lagi, dia sudah menasihati pihak penerbit supaya menangguhkan penggambaran dalam masa sama memberi masa kepada Aaron namun aktor itu gagal menunaikan janji.
“Penerbit bukan saya seorang sahaja. Saya bincang dengan mereka, kita tangguhkan penggambaran dan beri Aaron masa tapi dia gagal tunaikan,” katanya.
Dalam pada itu, Syamsul turut mengambil pendapat barisan pelkakon lain yang mengatakan Aaron tidak mampu beraksi lasak dan bimbang jika ia menganggu kesihatannya dia juga yang akan dipersalahkan nanti.
“Perkara utama kenapa Aaron digugukan adalah kerana saya takut kalau buat aksi lawak menanggagu masalah kesihatannya. Nanti saya juga dipersalahkan.
“Nombor dua, Sharnaaz, Beto Kusyairy, penerbit saya, team koreografer semua cakap mereka tidak yakin Aaron boleh berlakon kerana keadaan kesihatannya itu,” katanya.
Terdahulu, Aaron mengesahkan namanya digugurkan daripada filem Original Gangster namun tidak mendedahkan namanya tiada dalam karya berkenaan.
- SUMBER
- mStar Online
Kenapa bunyi macam personal attack…
Sebelum Banyak orang guna perkataan kifarah la balasan la seolah2 dia tahu 100% apa sebenarnya berlaku dalam rumahtangga Syamsul dan putri, aku nak cakap ni dulu.
Percayalah aku cakap, tak ada orang maksum. PS tu pun 100% ada silap sendiri. Tapi manusia tak akan nampak silap sendiri. Lagi2 bini.
Sampai nabi Muhammad sendiri cakap banyak wanita masuk neraka sebab suami dia kalau baik dekat dia sepanjang hayat pun, tapi suami dia buat satu silap, dia akan lupakan semua kebaikan suami dia dan nafikan semua kebaikan suami dan cakap suami dia memang tak pernah baik.
Berbalik pada kisah Syamsul ni, tbh, ada hikmah juga benda ni jadi. Secara tak langsung, dia kenal mana kawan mana lawan. Sahabat ni, tak kira la jahat macam mana pun kawan kita, kita akan stay dengan dia dan nasihat dia in private. Sebab kawan yang jahat itu juga pernah satu masa dulu baik.
Manusia tak lepas dari kesilapan. So far syamsul ni, issue dia satu ni je. Itu dugaan bagi dia dan mungkin dia gagal. Tapi untuk ambil kesempatan dia tengah dimaki kiri kanan untuk kemudian jatuhkan dia lagi, not fair for him.
Elok di beri peluang kepada pelakon yang underrated tapi amat berbakat. Iaitu Kazar Saisi. Walaupun dia dah 60 tahun, namun bakat yang terbukti. Kazar boleh buat kejutan.
Isu oelakon ni hak production laa yg buat keputusan. Kalau dah kena tendang tu redho jer laa mmg bkn rezeki ko. Nape plak nk emo dan marah2 mcm ko kena game?! Adat laa bila majikan rasa ko x layak maka mrk terminate ko. Ko rasa tertipu boleh la saman kalau ko ada bukti. Kalau tak dok diam2 sbb sbnrnya bnyk lg projek lain boleh dpt.
aku nak tarik balik statement di atas. Aku silap. Aaron dah buat kenyataan. Dia memang betul2 dianiaya. Ada bukti semua.
pulakk hihihi
@Jantanhancorgamoklaking
Hahahah.
NI SEMUA MARKETING FILEM TU JE. NAK NAIKKAN RATING. SAJA JER ACAH2 GADUH LEPAS TU MINTAK MAHAP.
YANG KOMEN SEMUA BODOH MCM BABI PERCAYA DORANG BERGADUH.