fbpx

Suara Zee Avi Dalam Album Kebajikan Untuk Mengenang Bakat Bob Dylan

Industri muzik kita sebenarnya sedang berkembang dengan positif. Semakin ramai penyanyi mampu tulis lagu sendiri, semakin banyak lagu berkualiti.

Jangan isu kesilapan bersejarah hari ini mematahkan semangat pemuzik tempatan untuk mencipta lagu penuhkan koleksi iTunes kita semua — Zee Avi khasnya.

Penyanyi kelahiran tempatan yang kini berpusat di New York, Amerika Syarikat di’khabarkan bakal menyumbang suara untuk sebuah album kebajikan mengenang bakat lagenda muzik dunia, Bob Dylan — Chimes of Freedom: The Songs of Bob Dylan Honoring 50 Years of Amnesty International.

Album yang bakal mengandungi empat keping CD ini akan mengutip dana kebajikan yang seterusnya akan di’salurkan kepada pertubuhan Amnesty International. Dan, Zee Avi merupakan salah seorang daripada dua penyanyi Asia yang terlibat.

Zee Avi bakal merakamkan suara untuk lagu berjudul Tomorrow Is a Long Time yang di’cipta oleh Bob Dylan sekitar awal 1960an dan album kebajikan ini akan berada di’pasaran sekitar Januari 2012. – The Star