Baru-baru ini, tular semula video di aplikasi X memaparkan pelakon Bella Astillah menyanyikan lagi Mati-Matian nyanyian asal Mahalini di dalam satu acara.
Video tersebut dikritik oleh netizen dimana ada yang mengatakan lebih baik jika Bella berlakon sahaja. Namun, ada yang mengatakan suara Bella sedap namun lagu tersebut agak susah dan tidak boleh dinyanyi oleh semua penyanyi.
BACA: Penganjur Akui Kesilapan, Bella Astillah Tak Bersalah
Sementara itu, ada yang berpendapat Bella tidak boleh menyanyi lagu yang tinggi, malah ada yang mengkritik mengatakan suara Bella tidak sedap.
Sementara itu, ada yag mempertahankan Bella hanya mencari rezeki apatah lagi kini bergelar ibu tunggal kepada dua orang cahaya mata.