Pelakon Datin Seri Noniswara berkata dia tidak kisah jika selama ini dia hidup bermadu dan mahu hidup dengan tenang selepas ini.
Menerusi temu bual bersama Melodi, Noniswara berkata dia tidak tahu mengenai hubungan sebenar suaminya Allahyarham Datuk Seri Dr Sheikh Nordin dengan isteri pertamanya, Sharifah Husna.
BACA: “Ibu Dengan Arwah Bapa Saya Tak Pernah Sekali Bercerai” – Isteri MK
“Saya pun tak kisah kalau bermadu, apa salahnya. Orang kata madu itu manis, saya terima kalau daripada awal suami saya berterus terang dengan saya tapi dia tak berterus terang dengan saya.
“Bukan saya tak nak ambil tahu, saya ini jenis orang yang lurus bendul. Sekarang ini bila benda sudah jadi macam ini tak apa saya terima. Sebab arwah dah tak ada, kami nak hidup aman damai,” katanya.
@melodiberapi Sama-sama kita doakan yang terbaik untuk pelakon Datin Seri Noniswara semoga terus kuat hendakNya.. #meloditv3 #ceritaartismalaysia #fyp??viral?tiktok?? #viral #panas #noniswara #syafiqkyle
Menurut Noniswara lagi, dia bertemu dengan Sharifah Hasnah pertama kali ketika berada di hospital serta menyifatkan wanita itu seorang yang baik serta menghormatinya.
Malah, Noniswara berkata dia juga sudah menganggap anak-anak tirinya juga sebagai keluarga sendiri serta amanah suaminya.
“Kalau dia ‘claim’ dia masih isteri, saya akui. Dia orang pun saya dah anggap macam keluarga saya, dia adalah seorang wanita yang baik. Saya mengenali dia pun masa arwah sakit dia datang. Dia orang yang baik. Saya hormati dia, semasa di hospital kami bersalam-salaman.
“Walaupun mereka anak-anak tiri saya, darah daging suami saya kenapa saya nak benci. Tetap anak saya, saya terima. Itu amanah suami saya, walaupun mereka ada ibu. Tak salah ada ibu kedua kan?” katanya.
Sebelum ini, isteri kepada penyanyi MK K-Clique iaitu Siti Hajaar mendedahkan ibunya tidak pernah bercerai dengan arwah bapanya.
Terdahulu, Allahyarham Sheikh Nordin telah menghembuskan nafaz terakhir pada 1 Oktober jam 10.16 malam akibat strok otak.