Suami Muflis, Rumah Mewah Umie Aida Bakal Dilelong Esok?
Bukan selalu haluan politik negara kita tersimpang dengan selebriti dan hari ini portal berita The Rakyat Post ada menulis satu laporan yang mengatakan suami kepada Umie Aida, Khairuddin Abu Hassan yang juga Naib Pengerusi UMNO Batu Kawan kini muflis.
Dokumen mahkamah yang kini sedang hangat diperkatakan oleh blog blog politik menunjukkan yang Jabatan Insolvensi Malaysia (MDI) telah isytiharkan Khairuddin Abu Hassan muflis pada 14 Mei 2014 yang lalu, hari sama Mahkamah Tinggi Pulau Pinang keluarkan arahan serupa.
RELEVAN: Pemimpin UMNO Pulau Pinang Buat Laporan Polis Terhadap 1MDB (ext.)
Khairuddin yang dihubungi media mengakui sedar akan pengisytiharan diri sebagai muflis namun enggan untuk mengulas lanjut dan sedang bekerjasama dengan peguam.
Ekoran perkara ini, sebuah hartanah mewah bernilai RM2.1 juta milik Khairuddin terletak di Mont Kiara yang juga merupakan hadiah perkahwinan buat Umie Aida bakal dilelong pada hari Sabtu ini di Hotel Istana oleh Ng Chan Mau & Co Sdn Bhd & CIMB Islamic.
Khairuddin Abu Hassan bagaimanapun mengakui tidak tahu menahu tentang lelongan itu. (rtky/m)
Muhasabah….Allah akan tarik rezeki mcm tu saja.
jgn mudah putus asa yer kak – kedaionlinemy.com
ini lebih kurang mcm kes bekas menteri besar selangor la kan si khalid. paham2….
ha, tapi tan sri khalid ada duit lagi..boleh bernafas lagi. process makamah tapi takde sampai muflis.
aku bersyukr kepada Nya. walaupun laki bukan berpangkat dato laki akak mat despatch je jenah, tapi tak mewah…tak pulak sampai kena lelong harta. bersabarlah umi, dugaan allah utk diuji.
Gosip minggu lalu hangat diperhebohkan mengatakan yg Datin Umi Aida dikatakan ditegur si somi akibat gemar berboros.
Belanja padicure/gilap kuku di Bangkok saja hanya satu sessi sebanyak RM5000 menurut “bank merah” yg merekodkan transaksi si Datin. Menurut sumber lain, si Datin dan rakan-rakan gemar membeli belah sakan di overseas. Desas desus mengatakan hubungan mereka goyah kerana si somi pergi mengerjakan Umrah tanpa si Datin disis. Menurut satu gambar yg tersebar divelog-velog dan Dramadunia, Datin hidup dgn sebegitu mewah :-
1)Business capital- 3 juta
2)Condo (Duplex) di Hartamas- 1 juta (tidak pasti adakah condo sama yg dimaksudkan disini)
3)Kereta Porsche- 500k
4)Satu handbeg Hermes saja- 25k
5) Dll
Dikatakan lelongan ini akan dibuat di Istana Hotel, KL pukul 10 pagi Sabtu. Allahualam.
dosa fitnah
katakanlah 1 org yg membaca tulisan fitnak kita hukumnya 1 hari di neraka…katakanlah ya
katakanlah 1000 org baca….perghhh….1000 hari neraka woooo…
agak2 1 hari di neraka sama dgn berapa hari di dunia eh?
kaw kaw oooo…..
(org yg x percaya Allah & hari akhirat jer yg suka2 main fitnah ni)
ADAKAH ANDA TIDAK PERCAYA PEMBALASAN DI AKHIRAT????
tu la…jahat sangat laki si Umi ni…saman orang sana sini. jatuhkan orang sana sini. kan dah allah kasi musibah/ujian….nauzubillah la wei.
Punca Wan Maimunah diragut :
1. Melenggang kangkung di tepi bus stop.
2. Mengira duit di hadapan mesin atm.
3. Memakai terlalu banyak emas celup.
Semoga kita mendapat iktibar….
hmmm…kalau Allah dah nak tarik, bila2 masa aje…
Betul tu…kalau tak beringat, rezeki yang Allah kurniakan, bila-bila masa boleh ditarik…
Takper…geng2 UMNO akan tolong. Ahli2 UMNO kan kaya raya.
sebab dia tegur 1mdb tu ker jadi dia kena muflis? wow
Wow ! Ini kene beli ni hartanah dia .. ????????????????
Kesetiaan umie di uji samada hanya ingin bersama ketika susah atau senang..
Benarlah kata cerdik pandai, hidup ini umpama putaran roda. Hari ini kita di atas, esok di bawah.
betul la tu.. aku pon pk benda yg sama.. lepas kes 1MDB.. tetibe je muflis.. ada yg tak kena.. politik2..
diisytihar muflis selepas die buat report polis pasal 1MDB??wow….hebat nye kuasa politik kt Malaysia ni….
Lepas ni khairudin akan join pembangkang. Umie, semoga terus tabah dan setia. baru sikit diuji ni… merasa jugak pernah duduk banglo 2 juta. ok lah tu kan??
Nape laa ada yg negatif sgt ni…x baik tau curah garam ats luka org…masing2 ada ujian dlm hduo…dh ni bhagian dia, kita doakn je la yg trbaik…xyah nk msukkn politik bagai…
Ini dah mmg kebiasaan berpolitik dalam Malaysia, sesiapa yg lawan ketua dah tentu akan kena pancung…. So kalau belum bersedia utk susah janganlah lawan boss.
bro gua sokong lu…memang benar lawan bos siap lah kena pancong.
bila check senarai mmg wujud penama dn alamat untuk dilelong pd 10 Jan 2015…..aduss…harap mereka tabahlah melalui dugaan…
Could it be the other way round? Could it because he was having a lot of financial difficulties that he reports 1MDB for its irregularity? The case of one feeling unhappy of the double standards he experienced dealing with financial predicaments, don’t you see? Here’s a businessman who is unable to meet repayment schedule for a 2.1m loan he took and yet he sees that 1MDB with its staggering multi billion debt, being given a leeway.
sabar umi aida..semua terjadi ada hikmah nya setiap masalah ada jalan penyeselaian nya hidup bersederhana tak kan buat kita mati..malu tu kira belakang peduli org nak kata apa yg penting terus kehadapan jgn kerana masalah menimpa alasan untuk kita rasa hidup ni tak adil..sarawak juga prihatin.
Jgn lah kita bersorak seronok dgn musibah org lain…hari ini hari dia…siapa tahu esok lusa hari kita…ambil iktibar utk dijadikan tauladan..
Aiiya..apa kena mengena muflis dgn politic..rasional le skit..da tentu pasal pinjaman..klu ok..xkan suka2 muflis..
Tahu takpe! Takde kena mengena pun
Betul, betul, betul….x de kena mengena pun…..
Tahnye…jab insolvensi bukannya buat keje x ikut undang2…ada proses mahkamah sume…x ada kena mengena lgsg dgn politik…klu xde hutang mana bleh mufliskan org sesuka hati…kang xpasal2 plak kena sprm…tah apa2 je diorg ni klu nk komen…
Kalau betul .. balasan apa yg dilakukan … dalil malil….
Nampak sangat UMNO main kotor.Kalau Dato Khairuddin tk kecoh pasai 1MDB tentu isu muflis tk timbul….
Muflis ni dia ada proses. Bkn sehari je leh jd muflis. Jgn dok tuduh mcm2
Sabar allah sentiasa di sisi umatnya yang sabar..kami sekeluarga mendoakan yang terbaik buat kalian sekeluarga.
nak betulkan saja ye. kalau umat tu utk Nabi. kalau Allah, kita ni hamba Dia :)
Habis pak sedare aku! Sbb kawin dgn umie hado ni.timpa muflis haiyoooo
Dipandangan mata kasar itulah musibah tp disatu sudut lg Allah beri ujian sbb sygkan Umie &suami..semoga tabah.
ker sebab umie dok nipu org dulu jadi duta mlm stemcell tu…x berkatttttt
Tak baik buat fitnah
Tkkan sebab report polis blh bankrap. Mungkin ada cerita disebaliknya…
Isunya mcm ni. Dia (laki si Umi) tuduh orang2 1MDB ni tak pandai aturkan kewangan.
So dia buat report polis katanya ada “sesuatu tak kena” dlm urusan transaksi ad ausur2 penyelewangan. Sekarang, orang2 kuat 1MDB dah panas punggong..lawan dia balik. Pecahkan lobang/rahsia dia yg selama ni orang2 tak berapa tahu ni sebenarnya dah pun muflis!
Biasalah dalam business dan campur pulak orang2 politik. Kau tuduh aku, aku tuduh kau. Sapa salah sapa benar, tak pasti la pulak. Semua nak jaga periuk masing2. So, keluar lah rahsia dia sebagai serangan balas. Dengan Umi Aida pun terbabit sama la. Semua terbongkar…kisah2 bini dia boros dan kondo2 semua. Permainan politik orang2 kaya….biasalah tu.
Muhasabah diri
ini dah perkara biasa mainan orang2 kaya….kalau dlm buku economic- “non-performing loan”. kalau tak mampu bayor payment/principles 90 hari, hak bank (pemuitang) atau pihat terbabit membatalkan perjanjian tersebut dan pihak bertanggungjawab (penghutang) akan diistiharkan muflis. ianya bergantung kpd …syarat2 dlm kontrak.
Takkan sbb repot 1mdb terus muflis… ni sure problem yg dah lama. Patut la adadesas desus problem umah tangga diorang sblm ni
… hmmm camne umie ye? Boleh ke hidup ngan suami muflis? Kalau dia tgalkan laki dua time ni nampak sgt la dulu kawin sbb duit dia kan… no money no love ke lps ni?
Tuhan sdg menguji..apalah sgt, tgok mangsa banjir ada yg tinggal sehelai sepinggang..
Org kaya muflis bkt mcm kita yg gaji 2-3 ribu ni.. diaorg still bile hidup mewah lah…
Betul sangat, walaupn ‘bankrupt’, tak mungkin die tinggal sehelai sepinggang. Muflis org kaya dengan muflis org biasa mcm kite ni berbeza.
Haha kelakar, ingat proses nk bankrap kan orang ni seminggu dua je ke? Makan masa bertahun. Paling-paling awal pun legal action against him dah commence 2-3tahun lepas. Nak execute judgement utk file bankruptcy ni bukannya file terus dapat bankrap kan penghutang tu, Ada kena lalu hearing process and etc. Igt hakim kt high court tu dgr kes die sorang je ke?? Selagi tak isytihar bankrupt husband Umie Aida tak boleh balik haha
Dlm BN kalau nk hidup mewah lama.senang jer.petuanya yg paling utama ialah buatlah seberapa byk duit yg anda suka selagi terdaya tp satu harus di ingati..jangan petik orang atas dan jgn terlalu pandai.kalau boleh buat mcm lembu kenyang…
Sy setuju… buat apa ketua suruh jgn melawan, kalau tidak… lu pikirlah sendiri
Ye btl tu. Jilat dan kipas ketua biarpon dia bodoh piang.
Bersabarlah umi kalsum dan keluarga. Pasti ada hikmah disebalik ujian ALLAH ini. Moga dirimu tabah dan cekal..
Apa lah korang ni comment negative. Bagi lah dorang semangat utk terus bersabar ke apa. Apa punya manusia ah
dah elok2 ada jawatan.. sibuk2 duk komplen boss… kan dah kena…
Dah ketentuan Allah..takde sapa yg boleh menyangkal nye..buat umie aida serta suami…perbanyakkan bersabar…ada hikmah disebalik kejadian…kite jatuh org suka…entah esok entah lusa mereka pulak..sapa tau…hanya Allah saja yg tau apa yg sdg berlaku…sapa tau anda akan bangkit semula jadi jutawan….yg penting sabar dan bangkit semula.lamin..
Betul ke cerita ni? Takutlah nak kahwin dgn datok paduka….. kahwin dgn orang biasa2 je…kalau kena uji, tak lah kecoh 1 dunia
Berkaitan komen umi aida jadi duta DOUBLE stemcell tu rasanya tiada kena mengena dgn hartanah lelong ni.
Don feed the hands that feed you….lawan boss…habis la ko kena mcm Anuar Ibrahim.
– Bias sgt…..Malaysia plz be open n support Malays community in business. Jgn tahu nk cantas jer…bila melayu nk maju… Bangsa lain perompak, penyamun, perosak…pelacur dsbnya tp diaorg kaya-raya.. Ubah lah mentality…tu..!!! Fed up!!!! Be strong Umi Aida n husband…!
kan kt atas cakap bulan mei tahun lepas…
Nak daptkan perintah muflis a.k.a bankrap dari mahkamah ambik masa lama jugak wei, berbulan-bulan. Isu report 1MDB ni baru je berlaku kan?
Mengikut yang saya tahu, banyak sebab seseorang itu boleh kena declare bankrap. Tapi yang paling biasa ialah penghutang tak bayar hutang kepada creditor/pemiutang yg telah dapat penghakiman di mahkamah terhadap penghutang setelah diserahkan padanya notis kebankrapan.
Bila tak comply dengan kehendak notis tersebut maka penghutang itu telah melakukan perbuatan kebankrapan yang boleh disahkan oleh mahkamah atas permohonan pemiutang melalui petisyen pemiutang. Perintah itu dinamakan perintah penghukuman dan perintah penerimaan. Melalui perintah ini penghutang disahkan bankrap dan pegawai pemegang harta dilantik sebagai pentadbir hal ehwal sibankrap.
Ada beberapa perkara yg tak boleh dilakukan oleh sibankrap. Antaranya ialah dia tak boleh keluar negeri, menjalankan perniagaan, menjadi pengarah syarikat, menjadi pengurus atau mempunyai kawalan terhadap perniagaan suami atau isteri atau saudara mara dll kecuali dengan kebenaran pegawai pemegang harta atau mahkamah.
Harta benda si bankrap juga akan terletak hak kepada pegawai pemegang harta. Well, in this case … kita selalu approach cara baik … buat negotiated settlement dulu … kalau dah tak leh, tak kan nak write-off camtu jer kan. Tapi sekarang ni, borrowers pun pandai … memang tak nak bayar, siap boleh hire lawyers … they keep on dragging the matter sampai kes tu akan lapse 6 years … tu yang pelik, nak bayar hutang tak leh … bayar lawyers boleh plak.
Citer pasal bankrupt ni … i was told by my lawyer recently … in a day ada kat 80 cases kat court … and most of them are Malays. Sedih kan?
Oh, aku bercakap melalui kacamata pihak bank (pemiutang)…
Ini semua politik dan hukum “karma”. Aku tahu cerita dia sebab aku expert dlm kajian politik. Sila baca kenapa kisah ini berlaku.
Dia ni Khairuddin ‘orang kuat Pak Lah’ dulu. Duda anak 2. Orang Bukit Mertajam semua tahu kisah dia. Rambut afro dulu waktu sekolah…mcm2. Memang “bijak” dan licik. Kabarnya brilliant ..dialah dalang waktu Anuar Ibrahim nak naik jadi PM keluarkan buku, ‘Dalil Kenapa Anwar Tidak Boleh Menjadi PM’ buku rahsia liwat sampai dipaksa naik makamah. Walhal dia la sepupu Anwar. Bapak dia orang UMNO juga. Pelobi tegar UMNO. Buat buku jatuhkan Anwar dgn untung berjuta jualan. Kawan baik dia ni Datuk Ali Rustam Bekas Ketua Negeri Melaka yg kasi gelaran Dato kat Shah Rukh Khan tu. Dah tewas pun dlm pilihanraya lepas. Zaman2 Pak Lah dulu suami si Umi ni mmg la power la. Kereta2 mewah jgn cakap la…berbuah-buah. Pernah saman Tan Sri Khalid 500 juta. Sekarang zaman Najib, dia punya pengaruh dah kurang la. 1MDB ni ditubuhkan oleh Najib. Korang nak tahu google la “Siapa suami Umi Aida” yg sebenarnya. Dia baru2 ni mencabar “boss” Pak Jib. Suruh siasat hutang 1MDN yg cecah 41 billion tu. Semua pengawai, pentadbir, lembaga pengarah kecut perut sekarang. Dulu ahli2 pembangkang yg pakat2 bising, tapi sekarang orang2 dalam UMNO pun dah bising. Orang itu salah sorang Khairuddin ni la. Tun Daim dan Dr M pun pernah bersuara psl ni. Keraguan bukan saja mengenai pelaburan 1MDB ni yang “blur” dan bagaimana wangnya digunakan termasuk dakwaan pembelian ekuiti dan hutang sebahagiannnya dijamin oleh kerajaan. Ini menjadikan hutang 1MDB adalah juga hutang negara sedangkan Pak Jib telah sedia menambah hutang negara hampir ke paras siling 55 peratus daripada KDNK. Orang2 Pak Jib pun dah panassss, bukak la pekung dia.
Aku sebenarnya tak la expert sangat. Aku pun cedok bahan drp blog2 politik…hi hi hi…
isteri diuji ketika suaminya tidak berharta & suami diuji ketika hartanya melimpah ruah.
what comes around; goes around…..!!!!!
Oh…kalau mcm ni memang padan lah muka. jahat sangat kan? allahuakbar.
Hahahha..mcam2..aku suka komen koarang smua.he3
Apa2 pn kita saling ingt mngingati antra 1 sma lain..muhasbah diri.jgn jd cmni smpai muflis.komen koarang AHLI SIHIR kasi 5 bintang!!!!
Saya bagi 5 bintang utk komen kau orang semua.yang penting dah kena kembali ke pangkal jalan.yang belum fikir2 lah sendiri.otak negatif plg jauhkan.jangan jadi lembu cucuk hidung.
Jab insolvensi isytihar muflis 14 Mei..dia report 1MDB baru sebulan lebihNovember/Decemver lps..ishh cer tau cerita dulu br nk komen…
Sbb tu Msia byk fitnah..suka komen x de usul periksa..
Yang kaya kaya kaya yang Susah lagi bertambah susah . cerita semua juta billion. Negara macam macam bencana.semua bank nak bunga.yang tidak berkerja makin bertambah.pembuangan pekerja pun bertambah. Yang mampu masih menambah kekayaan. Sekrang pandang Cara kerajaan brunai.budaya mereka.Ada orang kerajaan tengok. Raja raja tengok ke. Cara brunai…dalam masyarakt kita budaya tamak dengki cukup semua orang melayu.Cuba buka Minda solution menjadikan kerajaan n rakyat tidal Ada bunga tidak Ada hutang. Sebab yang susah dibantu yang senang membantu baru hidup berkat.kerajaan berkat. Negara berkat.kalau tidak semua kucar kacir sebab kepala salah mentadbir kesan pada rakyat.sama juga kalau berkeluarga kepala salah anak anak jadi huru hara jadi kesimpulannya selagi boleh berubah berubah la. Sebab yang memberi ujian adalah yang Satu.renungkan la.
Salah satu cara kerajaan menolong rakyat dari terus di ganggu para pengutip hutang adalah dgn mengistiharkan mereka muflis. Tetapi bgaimanapun hutang tetap wajib dibyr selagi hidup d dibyr waris setelah mati…
Kalau tak mampu bayar semua…bayar 10 percent. Ada budi bicara. Yg sedih kompani melayu2 byk yg bangkrup. Susah la nak cakap. Melayu kena belajar cara2 buat business, jaga akaun dan study ekonomi and business management. Yg aku nengok, byk bidang ni adalah cina dan india.
macam-macam komen korang aku baca… gelak pun ada…
harap Umie dan suami bertabahlah…
biasalah politikus2 di Msia ni….mainan diorang bukan berjuta malah ratusan juta. yg kita kerani tol ni, harga bas anak2 nk gi sekolah naik 5 hengget pun bising. Maklumlah anak ramai. Dulu waktu muda pakai tadah je. Keluar lah anak 5….tak pikir pasal “pil perancang”. Apepun, doakan hidup aman dan diberkati. Amin….. :D
Pengomen2 semua yg baik hati takyah lah buat spekulasi or menghina memfitnah org, business mana2 pun, kafir ke islam ke….bangkrap ni perkara biasa je. Tengok Donald Trummp tu or Simon Cowell & ramai lagi mmg akan melalui fasa turun naik dlm kehidupan. Kita sebagai umat islam yg merasa diri kita ni baik, tak payahlah cari dosa duk mengutuk2 org. Tu yg banjir teruk kat kelantan tu, kita blh kata tuhan turun bala kat negeri tu, tapi kita tak nak menuding jari mengata mengutuk org. Life is too short, so lbh baik cari pahala banyak2 drp duk cari dosa kering..,.
ko nak bandingkan dgn kristian2 yg byk buat business tak kisah halal haram? silakan…
Ala….muflisni biasa lah. Ramai je yg muflis. Melayu ke mat salleh ke, islam ke kristian ke….
Nak mengutuk ummi aida sb berbelanja mewah, rozita che wan sendiri pun beritau yg dia pun berbelanja dlm rm5k utk kecantikan saja. Bagi kita org biasa ni mmglah rase membazir. Tapi artis2 ni mmg high maintenance, sb tu dia org pileh org kaya wat pasangan hidup…
kalau macam ni mentaliti org2 melayu, mcm mana melayu2 tak muflis?
tak kisah la, takdir la, asam garam business la. dapat bank loan terus beli mercedes. cina dapat bank loan…simpan kasi duit beranak. inilah perbezaan nya.
Buat pengajaran pd kita semua, hidup ni hanya sementara. Semua benda hanyalah pinjaman. Kalau tuhan nak bagi sesuatu, sekelip mata je. Kalau nak tarik balek pun sekelip mata jugak. Kene sentiasa beringat. Yg duk mengutuk tu pun ingatlah takut tak sempat nak bertaubat, kematian datang bila2 masa saje…
dulu kuat fitnah Anwar Ibrahim…
kan….tak sampai 15 tahun…. last2 ahli2 umno yg dia sanjung/puja suatu ketika dulu yg “tikam” dia balik. what goes around comes around kata omputuh. bapak aku selalu cakap, kalau nak bersih tak payah join politik. semuanya sama….kerana kuasa, wang, pangkat…semuanya alpa.
Aku macam dpt rasa dia si somi Umi ni akan masuk PKR nanti….kita lihat dan tunggu perkembangan nyer.
tak pe, nanti umi aida akan bertemu wan maimunah mintak dana. wan maimunah kan kaya raya uolssss. rantai emas pakai hari2 berlapis-lapis buat pergi shopping je. hari ni kena ragut, besok pakai lagi. tak serik2. dah le jalan melengang pulak tu…
korang hado?
Xde maknanya UMIE AIDA. Itu nama glamer.
Nama sebenar dia adalah….UMI KALTHOM !!!
dulu nikah di mekah masuk paper. jadi kini kenalah ujian. kahwin tunjuk di tv buat di kondo mewah berupa hadiah suami. dimagazine ada gambar pergi enjoy holiday bersama suami. ada program umi dan kawan2 nya berkumpul di rumah nya. Naik motor besar dengan artis2 lain. Itulah.. kadang2 apa yang digambarkan kepada public bukanlah sebegitu rupa ia itu mewah dan senang. Kepada artis sekalian. ini satu ingatan jangan kita terlalu ghairah apabila mendapat kemewahan. Mesti selalu beringat, be low profile dan banyak sedekah. Insyallah selamat.
gilap kuku saja rm 5000? lepas gilap letak apa? serbuk emas??? omg
I come just to read comments…. hahahahhahah
1MDB….projeck apa tu wei????
Dulu masa kahwin kata condo ni hantaran kahwin kepada Umie Aida. Tapi kenapa owner rumah punya nama Khairudin pulak eh?
Korang2 ni pun tak payah la rasa terlalu selesa melihat nasib malang orang lain, god gives god takes. Tak Kira la kaya ke miskin ke, semua orang akan mendapat ujian dari-Nya. Tiada yang terkecuali. Tak da apa yg gerenti pun. Kalau ingat nasib korang baik hari ni besok tak tau pulak mcm mana.
Dlu umno Berkuasa boleh la kaya. Nk projek senang dpt sbb kroni. Skrg pembangkang dh pegang penang bru tau.. Yg umie aida
Ni pn nk sgt title datin tu.. Mendapat kau..
Hari ni hari mereka jatuh & ada yang bergembira atas kejatuhan mereka, esok lusa Allah akan bg kejatuhan yang berlipat kali ganda untuk “mereka” yang mentertawakan mereka yang jatuh hari ni. Musibah orang lain-lain. Jangan sampai kena dekat batang hidung sendiri baru nak menyesal. Dunia akhir zaman seronok melihat musibah yang menimpa bangsa sendiri. Allahu. Buat kak umie aida & suami, semoga tabah, terus berdoa & terus bersyukur dgn rezeki yang masih ada walaupun sedikit. Doa orang yang ditimpa musibah inshaAllah sentiasa didengari Allah
Assalamualaikum, kita hanya manusia biasa, tak layak menjatuhkan hukuman yang mana hanya allah sahaja yang tahu, kan kita dipesan utuk menjaga aib sesama saudara kita.
takpe duit blh dicari….sentiasa yakin dengan Allah dan berusaha lagi ..
Patot ader ura2 nk bcerai……
tukang komen yg tak tahu ujung pakal tu x payah la nk komen, nak2 tukang tambah fitnah… nampak sgt kebengapan anda… yg suka berandaian tu pun same…. x semua analisis anda tu betul… khayalan kau je tu… Tak boleh ke korg berdoa utk mereka???…
Hi kak Erma…
Haik, mcm mana condo dlm notis nama si suami tapi diblog2 gossip dikatakan condo umi aida pula? ahemmmm…ye ke?
paham2 je lah….artis.
propa..berpisah tiada.
Menjadi muflis bukanlah pengakhiran hayat kehidupan tetapi permulaan untuk menjadi insan yang lebih baik dan lebih dekat dengan Allah..
cantik tudung umie aida.. jenama apa ye? Naelofar Hijab ye?
Tak faham kenapa nak melibatkan politik dengan status muflis Khairuddin ni. Muflis sebab berhutang. Itu satu proses biasa bila si peminjam tak dapat bayar semula pinjaman tu. Just because rotikaya petik nama parti politik tu, semua dok speculate cerita sana sini. Haiii lah org msia, tlg buka mata sikit boleh tak. Org lain susah sibuk dok cedok and jaja cerita yang takde basis langsung!. Doa je lah dia akan menemui penyelesaian kepada masalahnya. Kalau ya pun isteri Khairuddin ni boros ke apa, lantaklah. Hidup org, buat apa kita nak masuk campur. Mind your own business, bak kata org putih. Peace.
Dear Khairuddin n Umie Aida,
Keep Calm..Dr Mashitoh x nak umie jd ustazah jadian k?cukup la da ada Aishah n Abby..
Ps : best baca komen kt sni,ayat difahami..klu tgk komen kt fb,adoi..byk sgt pak cik mak cik typo..
Itu semua dah d takdirkan allah bagitu. Sabar dan redhalah semui ini berlaku.Mungkin ada hikmah. Dunia masih luas. Badan masih sehat , tekadkan azam utk mengubah kehidupan. Byk org yg lg tdk bernasib baik nk d bandingknan ummi& suami. Apalah sngt, kita dulu dlahirkan x ada apa. Yg allah beri ni hanya hiasan dunia.pinjaman belaka. Nnt bila kita kembali x da apa pun yg kita bawa. Kain putih je , nk malu apa dgn kwn2, hrni hr kita sok entah dia pulak. Hidup bagai roda. Yg menentukan allah jua. Apa2 pun baik belaka. Yg penting hati, kembalikan semua hidup ini pd allah senang. Insyaallah selamtat
sama lah dengan dato norazimah tu, klau dia x beringgat tk thu la sbb dia suka menghina adik-BERADIK SENDIRI, dn kekayaan yg d miliki itu menjadi satu cara suami dia nk berlagak.jaga anak sedara sendiri pun sekadar nk menunjuk yg dia tu mampu bkn nye iklhas dri hati. masa ambil anak orang pun mcm pencuri x mintak main ambil je
sethu saya x baik buat mcm tu.klau laku kn sesuatu biar la iklhas dri hati janggan ade sfat ujub dlm hati kita sebagai orang yg menderma. saya ckp ni sbb saya kenal dengan ibu anak saudara dia tu. sbb dia kawan saya.
d sbb kn kawan saya tu hidup susah dia d hina. baru-BARU NIE KAWAN SAYA ADE HANTAR BARANG SEKOLAH UNTUK ANAK. melalui pejabat pos tpi d sbb kn masalah teknikal barang x sampai. kwan saya call ke pos office daerah melur kelantan tpi lain yg d tannya lain pula yg dsampai kan dn menjadi punca kawan saya d hina . dengan dato mengata kn barang x berapa sen tpi nk kecoh. bagi saya sebagai manusia yg ade akal yg waras. bkn harga barang yg d pertikai kn tpi kejujuran kita melaksana kn amanah orang dn tugas kita
Ya rabbi…mcm mcm komen.
Pada sy Allah beri ujian atau musibah untuk teguran. Untung lah Allah beri teguran kerana sygkan hambaNya. Yg tk terima teguran ujian dan musibah tu lg takut sbb Allah terus jadikan dia istidraj? Syukur Alhamdulillah. Segalanya dr Allah. Baik miskin atau kaya atau sihat atau sakit segalanya ada hikmahNya…
Jgn suka jatuh hukum kawan2….
Fikir2 kan diri sendiri memadai….