Suami Miera Liyana Sekat Nombor Telefon Isteri Pertama, Tak Bayar Nafkah Lebih Setahun
Rumah tangga suami kepada pelakon Miera Liyana iaitu Rosland Othman dengan isteri pertamanya, Adibah Abdul Mutalib gagal mencapai kata sepakat untuk berdamai.
Memetik MalaysiaKini, peguam syarie Adibah, Khairul Anwar Rahmat, berkata proses dengan isteri pertama semalam tidak mencapai kata sepakat untuk kedua-dua berbaik.
BACA: Suami Didakwa Nak Ceraikan Isteri Pertama, Miera Liyana Dituduh Jadi Punca
“Cubaan mencari jalan tengah untuk berdamai melalui proses sulh hari ini gagal. Justeru, kami berharap Rosland bersedia dengan tuntutan yang akan dikemukakan,” katanya.
Difahamkan, antara tuntutan Adibah adalah menyelesaikan tuntutan nafkah dia dan hak anak-anak kepada lima anak yang tidak dilunaskan oleh Rosland selama lebih setahun.
Malah, Rosland dilapor telah menyekat panggilan telefon dan aplikasi pesanan ringkas sejak September 2021.
“Roslan tak menjaga hati isteri pertamanya apabila tak memberikan nafkah, selain menyekat panggilan telefon dan aplikasi teks pesanan ringkasnya.
“Ini adalah satu penderaan mental yang berpanjangan, ditambah pula dia juga sudah lama tak pulang ke rumah Adibah.
“Perbuatan ini ibarat perkahwinan berusia lebih 20 tahun itu tak ada nilai. Orang lain juga berpoligami tapi jangan burukkan nama agama,” katanya.
Sementara itu, Adibah mendakwa Rosland tidak lagi melayannya seperti seorang isteri sejak lelaki terbabit berkahwin dengan Miera pada 2020. Katanya Rosland hanya memberikan nafkah pada anak-anak mereka sekiranya dituntut.
“Dia melayan kami seperti sebuah perniagaan yang memerlukan resit, baru boleh tuntut,” katanya.
Susulan kegagalan proses sulh itu, mahkamah menetapkan perbicaraan dijalankan pada 2 Mac ini.
- SUMBER
- malaysiaKini
Tak baik engko jantan buat kat 1st wife engko mcm tu….dasar jantan musibat….
penyondol jugak rupanyer…
Knp skrg jntan sbuk nk poligami sgt tp useless?yg jntan ni x suka lpaskan la, bg bni ko tu cri perfect dr ko.nk bni muda sgt, tp tolol. Jwab la ko kt akhirat.
Sbb ni kebanyakan wanita tak suka poligami sbb suami tu sendiri tak adil…konon mampu sbb berduit tp hakikatnya yg berduit tu pun ramai je yg x adil.
Mana semua lelaki2 yg suka komen ‘suami berkemampuan’??? Keluar lah semuaaa dari gua. Igt ada duit semata2 boleh bahagia? Korg tgk dia celeb bini 2nd, mewahkan bini 2nd, lps tu korg ckp, suami kaya, mampu, apa salahnya…. Ni emosi bini dan ank2 yg terabai tu korg amik kira tak??? Tiba2 semua menyorok dlm gua
[email protected] no2 ni dah lah penyondol jahat lagi spt watak dlm lakunan beliau…Semoga Allah memberi balasan yg setimpal.kpd pompuan ni nnti…insya Allah
Salah perempuan jugak ke ni?
Jangan cepat sangat nak keji Rosland dan Miera. Kita tak tahu cerita yg sebenar, yg penuh. Penyondol?? Adakah salah bila Miera ni jadi isteri kedua?
Semuga Allah tunjuk kan kebenaran .suami x adil. Tggu. Jer kifarah Dr Allah nnti..
Semuga Allah bg petunjuk…klu suami x adil.tggu jer kifarah Dr Allah nnti.