fbpx

Suami Meminta Maaf Kepada Umie Aida Isu Rumah Kena Lelong

Minggu lalu kecoh juga dunia hiburan apabila berita tentang suami kepada Umie Aida yang telah diisytiharkan muflis tersebar di internet selain lelongan rumah mewah mereka bernilai RM2.1 juta di Mont Kiara yang turut mendapat perhatian ramai.

Menerusi laporan Astro Awani baru baru ini, Datuk Khairuddin Abu Hassan yang juga merupakan Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan telah memohon maaf kepada isterinya, Umir Aida kerana mengheret wanita itu ke dalam isu lelongan rumah dan muflis beliau.

BACA: Umie Aida Redha Rumah RM2.1 Juta Kena Lelong

“Saya mohon maaf kepada Umie kerana banyak mengheretnya dalam isu ini, namun dia selalu memberi sokongan dan semangat kepada saya sepanjang perjuangan ini. Umie tenang dan cekap sepanjang menghadapi pahit getir perjuangan ini, dia ialah seorang isteri yang amat cekal dan miliki kekuatan yang menakjubkan,” ujar Khairudiin kepada media.

Satu permohonan maaf yang ikhlas kami kira dari suami yang sedang berhadapan dengan cabaran sebagai seorang ahli politik dan dalam masa yang sama, Khairuddin juga tidak nafikan sebarang kemungkinan beliau untuk keluar dari parti ekoran serangan peribadi ini. (rtky/m)