fbpx

Suami Hadiahkan Restoran Untuk Wan Maimunah

Sungguh manis pada pendapat kami apabila Wan Maimunah dihadiahkan sebuah restoran oleh suaminya, Makpol Saimon, sempena ulang tahun perkahwinan mereka yang pertama.

Menurut Wan Maimunah yang lebih mesra dipanggil ibu, suaminya itu sudah mengimpikan untuk membuka sebuah restoran selepas mengusahakan perniagaan yang dikenali sebagai Kacang Pool Haji sejak 20 tahun lalu.

Suami Hadiahkan Restoran untuk Wan Maimunah - ROTIKAYA

“Alhamdulillah, ibu sangat bersyukur kerana dengan izin Allah, impian suami untuk membuka sebuah restoran yang menjadi impiannya sejak sekian lama, dan paling bermakna ia genap setahun kami bernikah,” katanya.

Biarpun memberi fokus terhadap rumah tangga dan membantu perniagaan suaminya, Wan Maimunah menegaskan dia tidak pernah sesekali meninggalkan lakonan yang telah menjadi minatnya sejak dari awal penglibatannya dalam dunia hiburan.

Selain itu, suaminya menambah, beliau sentiasa menyokong minat isterinya dalam bidang lakonan dengan syarat watak diterima lebih kepada imej muslimah.

“Saya lebih suka sekiranya isteri membawakan watak dan imej muslimah dan bersesuaian dengan usia. Dalam usia begini mencari keredhaan Allah untuk membawa bekalan ke sana adalah paling utama,” katanya. (rtky/syfq)