fbpx

Suami Fatin Afeefa Dah Berhenti Main Forex

Suami kepada pelakon Fatin Afeefa iaitu Aliff Awang menyatakan dia sudah setahun meninggalkan dunia pelaburan mata wang asing atau lebih dikenali Forex.

Menerusi perkongsian di TikTok, Aliff atau lebih dikenali sebagai Opai berkata dia yakin bahawa rezeki Allah itu luas dan tidak lagi berharap dengan pelaburan tersebut.

@aliff_awang

Aku yakin rezeki itu luas ? yang penting yakin, Allah maha kuasa. Makhluk takda kuasa. Jual apa pun boleh #confirmfyp

? Inspirational – neozilla

“Pasal Forex, kau jangan cakap dah pasal benda tu. Aku dah setahun tak buat benda bodoh tu, dah setahun tak berharap benda tu, elok je boleh hidup.

“Kau tu, kalau fikir Forex je yang boleh bagi kau makan, kena cari balik iman kau dekat mana.

“Aku yakin, rezeki itu luas. Yang penting yakin. Allah Maha Kuasa, makhluk tak ada kuasa. Jual apa pun boleh,” katanya.

Difahamkan Opai menjelaskan perkara itu sekaligus menjawab kritikan netizen mengatakan ‘budak forex’ penipu.